SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

26 May 2011

Tutorial 1: Strategi Pelaksanaan PK 01-Pengurusan Panitia

1. Proses Kerja ini pada asasnya meliputi semua mata pelajaran di sekolah.Jika ada
beberapa mata pelajaran bergabung dalam satu panitia, ia dikira sebagai satu panitia sahaja.

2. Objektif PK ini ialah memastikan panitia mata pelajaran diurus dengan cekap dan teratur
supaya prestasi mata pelajaran dalam peperiksaan (pertengahan, akhir dan peperiksaan
awam) meningkat sebanyak 3 % atau sekurang-kurangnya 65% keseluruhan dalam tahun semasa.

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI



3. Jika telah melepasi sasaran 65%, panitia hendaklah meningkatkan prestasi subjek dalam peperiksaan sebanyak 3%. Jika telah berada dalam kedudukan cemerlang, 98% contohnya, panitia hendaklah memastikan kecemerlangan tersebut dipertahankan.

4. Langkah awal pengurusan panitia ialah dengan pelantikan AJK Kurikulum dan Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran di sekolah oleh Guru Besar/Pengetua. Sediakan surat/watikah pelantikan dan salinannya disimpan di dalam fail tegak. Maklumat ini disebarkan kepada warga sekolah dan "stakeholders" melalui takwim pengurusan sekolah yang diedarkan.

5. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah perlu diadakan bagi merancang program kurikulum sekolah, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Dokumentasi bagi pengurusan mesyuarat ini hendaklah disediakan dan disimpan dalam fail tegak yang lain (Panggilan mesyuarat, kehadiran ahli mesyuarat, minit mesyuarat, perancangan panitia/laporan). Jika panggilan mesyuarat menggunakan surat rasmi, maka rekod panggilan mesyuarat disimpan di dalam fail putih.

6. Semua mesyuarat yang dijalankan (Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah dan JK Panitia MP) hendaklah
mematuhi tatacara pengendalian meyuarat seperti yang digariskan dalam PKPA Bil 2 Tahun 1991 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Jawatankuasa Kerajaan.

7. Ketua Panitia dan AJK hendaklah memastikan panitia mempunyai dokumen sokongan yang digunakan
dalam pengurusan panitia tersebut. Antaranya ialah: Sukatan Pelajaran bagi semua kelas, Huraian
Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan, Perancangan Panitia, Pekeliling-pekeliling / Garis Panduan, Senarai Buku Teks yang digunakan dan sebagainya. Semua dokumen tersebut disimpan dalam fail tegak mengikut ketegori yang tertentu.

8. Perancangan Panitia hendaklah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan aktiviti/program panitia
berdasarkan takwim yang dirancang. Semua aktiviti/program yang dijalankan hendaklah direkodkan dan laporan aktiviti/program hendaklah disediakan. (Rujuk Borang SPSK PK 01/2 dan SPSK PK 01/3).

9. Bagi sebarang perolehan yang dibuat dan diterima oleh panitia, juga hendaklah direkodkan. Pihak yang melaksanakan perolehan di sekolah ialah KPT atau pegawai aset sekolah, namun salinan
dokumen perolehan panitia hendaklah disimpan oleh panitia itu sendiri.

10. Bagi urusan Kawalan Rekod, Ketua Panitia, Setiausaha dan AJK panitia hendaklah bekerjasama menentukan dokumen yang hendak disimpan sama ada dalam fail putih atau fail tegak. (Rujuk Borang SPSK PK 01/1)

11. Diharapkan tutorial ini dapat membantu sekolah melaksanakan semua PK yang telah didaftarkan.

Sekian dan jumpa lagi.


Baca lagi...

Prinsip-Prinsip SPK

PRINSIP PERTAMA
BERMATLAMATKAN PELANGGAN

Organisasi bergantung kepada pelanggan mereka. Oleh itu organisasi hendaklah memahami keperluan pelanggan yang sedia ada dan pada masa akan datang, memenuhi keperluan pelanggan dan berusaha untuk melebihi jangkaan pelanggan.



PRINSIP KEDUA KEPIMPINAN

Pengurusan yang bertindak sebagai ketua mewujudkan penyatuan antara tujuan dan matlamat sesuatu organisasi. Mereka hendaklah mewujudkan dan mengekalkan persekitaran dalaman yang sesuai untuk pekerja supaya mereka dapat terlibat sepenuhnya dalam mencapai objektif – objektif organisasi.

PRINSIP KETIGA PENGLIBATAN PEKERJA

Pekerja di semua peringkat adalah merupakan tunggak sesebuah organisasi dan penglibatan mereka sepenuhnya membolehkan keupayaan mereka digunakan untuk faedah – faedah organisasi

PRINSIP KEEMPAT PENDEKATAN PROSES

Hasil yang dikehendaki dapat diperolehi dengan lebih efisien apabila sumber – sumber dan aktiviti yang berkaitan diurus sebagai suatu proses.

PRINSIP KELIMA PENDEKATAN SISTEM

Mengenalpasti, memahami dan menguruskan sesuatu sistem bagi keseluruhan proses yang ada hubung kait antara satu sama lain bagi mencapai sesuatu objektif. Pendekatan ini dapat menambahkan kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi.

PRINSIP KEENAM PENINGKATAN BERTERUSAN

Peningkatan berterusan hendaklah dijadikan sebagai objektif tetap sesuatu organisasi.

Kehendak dan keperluan pelanggan dikenalpasti dan dikaji bagi menyediakan peluang penambahbaikan berterusan.

PRINSIP KETUJUH PENDEKATAN BERFAKTA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Keputusan yang efektif dibuat berdasarkan analisis sesuatu data / maklumat yang
diperolehi. Semua perubahan perlu dirancang menggunakan input/fakta yang tepat bagi memastikan ia berkesan dan mengeluarkan output yang tinggi.

PRINSIP KELAPAN HUBUNGAN YANG SALING BERMANAFAAT DENGAN PEMBEKAL

Sesuatu organisasi dan pembekal -pembekalnya adalah saling bergantung antara satu
sama lain dan hubungan yang saling bermanafaat dapat mempertingkatkan keupayaan
yang menguntungkan kedua-dua pihak.


Baca lagi...

Maklumat Asas ISO

Apakah itu ISO?

ISO merujuk kepada INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION.Organisasi ini adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing.Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9000 kini digunakan di lebih 150 buah negara di dunia.



Apakah itu MS ISO 9000?

ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kualiti dalam ISO boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan.

Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan, selamat, bersih dan berkualiti.

ISO 9000 adalah standard bagi sistem kualiti. Ia bukan standard untuk produk atau perkhidmatan yang dihasilkan.

ISO 9000 berasaskan dokumentasi. - Dokumen apa yang dibuat, buat apa yang di dokumenkan dan buktikan.

ISO 9000 menekankan pencegahan dan penambahbaikkan secara berterusan.

ISO 9000 adalah satu standard universal. Ia hanya menerangkan apa yang diperlukan tetapi tidak menjelaskan bagaimana hendak membuatnya.

Sijil ISO 9000 diberikan apabila organisasi tersebut membuktikan proses yang dilaksanakan mengikut piawai yang telah ditetapkan. Ianya boleh ditarik balik jika sistem pengurusan kualiti tidak diamal dan dijadikan budaya kerja secara berterusan. Untuk tujuan tersebut, badan pengiktirafan akan membuat pemantauan dan pemeriksaan pada setiap tahun.

Mengapa Standard MS ISO 9001:2000 diganti dengan MS ISO 9001:2008?

a. Protokol ISO memerlukan standard dikaji semula setiap lima (5) tahun bagi memastikan kesesuaian semasa. Versi terakhir dikeluarkan pada tahun 2000.

b. Persetujuan umum supaya penekanan bukan sahaja kepada persijilan tetapi juga proses penambahbaikan.

c. Konsep penambahbaikan telah diinteget dalam standard versi tahun 2008.

d. Versi 1994 lebih berorentasikan manufacturing. 20 elemen dalam versi 1994 sukar difahami/interpretasi.

e. Dokumen versi 2000 lebih mesra pengguna (user friendly)

f. Keperluan memantau kepuasan pelanggan.

g. Versi 2008 hanya membuat penambahbaikan dari versi 2000.

Apakah ciri-ciri MS ISO 9000:2008?

a. Penambahbaikan berterusan.

b. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan.

c. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan.

d. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan.

e. Memastikan keberkesanan latihan.

f. Analisa data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti.

g. Maklumat kepuasan/ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran pencapaian objektif kualiti.

Apakah Keluarga ISO 9000?

Piawai ISO terdiri daripada ISO 9000:2008 yang merujuk kepada garis panduan am. Terdapat 4 'standard' di kategori ini iaitu

1. ISO 9000:2000 merujuk kepada garis panduan am.

2. ISO 9001:2008 merujuk kepada sistem pengurusan kualiti.

3. ISO 9004:2000 merujuk kepada penambahbaikan pengurusan kualiti.

4. ISO 19011:2000 merujuk kepada pengurusan kualiti dan Audit Persekitaran.

5. ISO 14000 yang merujuk kepada sistem pengurusan kualiti alam sekitar

Kenapa Pensijilan ISO perlu?

a. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku;

b. Kajian semula yang berterusan ke atas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;

c. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali;

d. Perlaksaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan

e. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.

Apakah Faedah Pensijilan ISO?

a. Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana kakitangan dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap;

b. Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil;

c. Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja;

d. Membolehkan kakitangan menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya;

e. Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.

Apakah klausa-klausa berkaitan dengan MS ISO 9000:2008

Klausa-klausa berkaitan ialah:

a. Klausa 4 = Sistem Pengurusan Kualiti.

b. Klausa 5 = Tanggungjawab Pengurusan.

c. Klausa 6 = Pengurusan Sumber.

d. Klausa 7 = Proses Penyampaian Perkhidmatan.

e. Klausa 8 = Pengukuran, Penganalisaan dan Penambahbaikan

Apakah langkah-langkah pelaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam?

Langkah-Langkah pelaksanaan MS ISO 9000 dalam

Perkhidmatan Awam mengandungi lapan (8) aktiviti iaitu:

a. Membina komitmen pengurusan atasan.

b. Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan.

c. Memberi latihan kemahiran kepada Pasukan Pelaksana

d. Menjalankan analisis jurang.

e. Menyediakan dokumen-dokumen MS ISO 9001:2008

f. Melatih kakitangan melaksanakan prosedur yang

didokumenkan.

g. Melaksanakan MS ISO 9001:2008.

h. Pengiktirafan dan Pensijilan.

Apakah Badan Pensijilan ISO 9000?

CB 01 SIRIM QAS International Sdn.Bhd.
CB 02 Moody International Certification (Malaysia) Sdn.Bhd.
CB 03 CI International Certification Malaysia Sdn. Bhd.
CB 04 SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.
CB 05 TUV NORD (Malaysia) Sdn. Bhd. [formerly known as RWTUV (Malaysia) Sdn. Bhd.]
CB 06 Lloyd's Register of Shipping (M) Bhd.
CB 07 Independent European Certification (M) Sdn. Bhd.
CB 08 AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd.
CB 09 GLOBAL GROUP Asia Pacific Sdn. Bhd.
CB 10 Bureau Veritas Certification (Malaysia) Sdn. Bhd. [formerly known as BVQI (Malaysia) Sdn. Bhd.]
CB 11 BM TRADA (Malaysia) Sdn.Bhd.
CB 12 NQA Certification Services (M) Sdn. Bhd.
CB 13 CARE Certification International (M) Sdn. Bhd.
CB 14 AGM Certification Sdn. Bhd.


Baca lagi...

07 May 2011

Audit Dalam MS ISO 9001:2008 di PPDSB

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Salah satu keperluan yang mesti dilaksanakan oleh organisasi yang mengamalkan SPK ialah AUDIT DALAM.

2. Audit Dalam bertujuan sebagai semakan dokumen secara dalaman (juru audit dari organisasi yang sama) sebelum semakan dilakukan oleh Juru Audit Pihak Ke Tiga (SIRIM). Audit Dalam ini memberi peluang kepada organisasi untuk membuat penambahbaikan dan melaksanakan tindakan pembetulan jika ketidakuran ditemui.



3.Pada 4 dan 5 MEI 2011, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam telah didatangi oleh 3 orang juru audit dalaman dari JPN Wilayah Persekutuan bagi maksud menjalankan Audit Dalam.

4. Alhamdulillah proses tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dan dapatan dari proses audit tersebut akan diambil tindakan oleh pegawai meja berdasarkan cadangan-cadangan yang diberi dengan pemantauan pihak pengurusan.

5. Inilah prosedur yang wajib dijalankan bagi organisasi pengamal SPK bagi memenuhi tuntutan objektif utama SPK iaitu : MEMENUHI KEPUASAN PELANGGAN.
Dokumen Kualiti BPSH, KPM 2011
Mesyuarat Pembukaan - Penerangan Proses Audit Oleh Ketua Juru Audit Dalam

Juru Audit Melawat Persekitaran Lokasi - Audit Secara Pemerhatian

Proses Audit Sedang Berlangsung Melalui Semakan Dokumen dan Soal Jawab
6. Insyaallah, perkara yang sama akan berlaku di sekolah-sekolah SPSK Daerah Sabak Bernam. Untuk itu sekolah hendaklah memastikan tugaan yang dilakanakan didokumentasikan secara bersistem dan sentiasa diikemaskini.

Sekian untuk kali ini, Wassalam.


Baca lagi...

16 April 2011

Pengurusan Dokumen dan Rekod Kualiti

Assalamualaikum w.b.t

1. Falsafah ISO ialah "say what you do, do what you say and record".

2. Pada zaman ini pembuktian terhadap sesuatu perkara adalah berasaskan bahan maujud yang dapat dilihat, dibaca, disentuh dan bersifat nyata. Bukti-bukti tersebut hendaklah disimpan secara sistematik dan mudah dicapai jika diperlukan pada suatu masa nanti. Pembuktian secara lisan semata-mata tanpa dikemukakan bahan seperti dinyatakan tidak diterima dalam ISO.

3. Apakah buktinya seseorang guru itu mengajar di dalam kelas? Ya.. Buku Rekod Mengajar yang di dalamnya tercatat tarikh, masa, kelas diajar dan apa yang diajar. Selain itu buku latihan  murid yang diajar terdapat latihan atau nota yang diberikan oleh guru berkenaan. Buku Rekod penggunaan bilik khas yang tercatat nama guru dan masa penggunaannya juga adalah bukti seseorang guru itu telah mengajar.

4. Semua perkara tersebut memang dilakukan oleh seseorang guru sehari-hari. Persoalannya, adakah rekod-rekod kualiti tersebut diselenggara dan disimpan dengan baik?? Jika "ya", anda sebenarnya telah melaksanakan ISO secara tidak langsung.

5. Ringkasnya di sini, rekodkan semua tugasan anda dan selenggara dengan baik, maka anda adalah sebahagian daripada pengamal ISO.

Sekian, selamat berjumpa lagi.....
Baca lagi...

08 April 2011

Apakah Status Pelaksanaan ISO Sekolah Anda?

Assalamualaikum w.bt

1. Pengurus Sekolah (Pengetua/Guru Besar) harus diberitahu secara jelas tentang status pelaksanaan ISO di sekolah tanpa menyembunyikan sesuatu perkara pun.

2. Untuk itu, Wakil Pengurusan boleh menyampaikan status pelaksanaan SPSK sekolah dalam Mesyuarat Pengurusan. Isu-isu berkaitan pelaksanaan SPSK boleh dibincang dan mengambil tindakan sewajarnya melalui keputusan mesyauat yang dibuat.

3. Setakat ini, sejauhmanakah SPSK telah dilaksanakan dan bagaimana dengan sambutan guru?

4. Komitmen Pengurusan yang tinggi adalah kunci kepada kejayaan pelaksanaan SPSK di sekolah anda.

Renungkan... Selamat menjalankan tugas dan jumpa lagi.
Baca lagi...

23 February 2011

Bimbingan dan Pemantauan SPSK

Assalamualaikum w.b.t

1. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengarahkan PPD Sabak Bernam melaksanakan pemantauan ke sekolah-sekolah SPSK dan memberi bimbingan mengenai pelaksanaan SPK agar mematuhi standard yang ditetapkan.

2. PPD Sabak Bernam telah membuat perancangan pemantauan dalam memastikan pematuhan terhadap standard kualiti yang terkandung dalam dokumen kualiti yang dibina.

3. Tarikh pemantauan ke sekolah-sekolah SPSK daerah Sabak Bernam bagi Fasa Pertama akan dilaksanakan pada minggu kedua bulan Mac 2011 ini (7 hingga 11 Mac).

4. Diharapkan pihak sekolah berusaha sebaik mungkin melaksanakan SPK dengan memulakan langkah pertama, pemberitahuan kepada semua warga sekolah.

Sekian, salam kualiti untuk semua....
Baca lagi...

27 January 2011

Maklumkan Pelaksanaan SPSK Dalam Perhimpunan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

1. Semua pihak di sekolah hendaklah diberitahu tentang pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di sekolah meliputi guru-guru, kakitangan, murid dan pekerja swasta.

2. Salah satu medium untuk menyampaikan pemberitahuan ini kepada warga sekolah ialah melalui pengumuman dan penerangan dalam perhimpunan sekolah. Pemakluman ini hendaklah sentiasa dilakukan supaya warga sekolah sentiasa "terasa" akan SPSK ini.

3. Selain itu, terpulang kepada kreativiti dan kemampuan pengurusan sekolah untuk menyebarluaskan pelaksanaan SPSK di sekolah kepada warga sekolah dan masyarakat sekeliling.

Semoga berjaya...

Baca lagi...

23 January 2011

Penstrukturan Semula Sekolah SPSK Daerah Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t

1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) daerah Sabak Bernam yang melibatkan empat buah sekolah telah mengalami sedikit perubahan terhadap sekolah-sekolah yang terlibat.

2. Ini adalah disebabkan oleh pergerakan Guru Besar dan Pengetua yang telah mengikuti Kursus Pendedahan SPSK yang telah diadakan di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands bulan Disember 2010 lalu.

3. Pihak Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor memaklumkan bahawa Guru Besar atau Pengetua yang telah mengikuti kursus SPSK hendaklah melaksanakan SPSK di sekolah baharu di mana Guru Besar atau Pengetua itu ditempatkan (jika di dalam daerah).

4. Ini bermakna sekolah yang melaksanakan SPSK di daerah Sabak Bernam adalah seperti berikut:
     a) SMK Bagan Terap (kekal)
     b) SMK Seri Bedena (baharu) - Pengetua: En. Hamid bin Hassan (Bekas Pengetua SMK Dato' Mustaffa)
     c) SK Batu 38 (baharu) - Guru Besar: En. Dzulkifli bin Jamhari (Bekas Guru Besar SK Simpang Lima)
     d) SK Bagan Terap (baharu) - Guru Besar: En. Megat Fauzi bin Ibrahim (Bekas Guru Besar Sapintas)

5. Walaupun terdapat perubahan sekolah SPSK, diharapkan ia dapat dilaksanakan sebaiknya dengan kerjasama dan komitmen Pengetua/Guru Besar serta penglibatan seluruh warga sekolah.

Selamat maju jaya.
Baca lagi...

02 January 2011

Sijil Penyertaan Kursus Pendedahan SPSK

Assalamualaikum w.b.t

Wakil sekolah SPSK daerah Sabak Bernam boleh menuntut sijil penyertaan Kursus Pengurusan Sekolah Kualiti di Unit Pengurusan Kualiti PPD Sabak Bernam mulai 3 Januari 2011.

Tahniah dan syabas.

Baca lagi...