SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

02 October 2013

Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD)

Dalam situasi serba mencabar ini, institusi pendidikan diamanahkan dengan gagasan besar transformasi negara dal pelbagai perubahan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Masyarakat pula mengangap isnstitusi pendidikan sebagai agen perubahan yang penting, maka setiap organisasi dalam sistem pendidikan kebangsaan memerlukan pemimpin yang bukan sahaja memiliki impian dan bijak mengungkapnya, tetapi pemimpin yang mampu menyuntik inspirasi ke dalam jiwa pengikutnya ke arah pencapaian dan penyempurnaan matlamat organisasinya.
     Justeru itu, sekolah hari ini memerlukan kehadiran pemimpin yang mata akal dan mata hatinya bukan sahaja melihat ke ufuk matlamat yang lebih jauh dan lebih besar. Trend kepimpinan perlu berubah supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar dan kehendak pemegang amanah. Sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu memikirkan cara untuk melestarikan kecemerlangan serta membina modal insan yang mampu berkhidmat dengan cemerlang menerusi prinsip kerja X-PLUS, (X) Cemerlang, (P) Pengetahuan, (L) Latihan, (U) Usaha dan (S) Semangat sepasukan. (ABD. Ghafar bin Mahmud, 2011)


Baca lagi...

PBSMR Bakal Ganti PMR Tahun 2014?

KUALA LUMPUR 1 Okt - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bakal digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Penilaian tersebut akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) merungkai empat subjek untuk dinilai kepada pelajar selain memberi dua cara untuk menjawab soalan sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.

Menurut sumber, perkara tersebut akan diterangkan oleh jabatan Pelajaran Negeri sebelum penghujung tahun ini.

Pelaksanaan dan peperiksaan akan dijalankan oleh guru di sekolah tersebut dengan pemantauan LPM yang bertindak sebagai pemerhati.

Peperiksaan itu hanya melibatkan empat subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Walaubagaimanapun, mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup akan dinilai menerusi semakan berperingkat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti kerja khusus, kursus amalan dan projek.

PMR yang bermula esok mula diperkenalkan pada 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).


Baca lagi...

PMR 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Gambar Hiasan
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam mengucapkan Selamat Menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada semua pelajar Tingkatan 3.

Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Tahniah kepada semua Pengetua dan guru-guru yang telah membimbing pelajar. Semoga usaha pihak sekolah akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Baca lagi...