SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

29 October 2012

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 5

1. Item B (1) Mewujudkan / Melantik ahli Pasukan Petugas Kualiti Sekolah (PPK) - Sekolah perlu melantik Pasukan Petugas Kualiti (PPK) yang terdiri daripada guru dan kakitangan sokongan sekolah untuk merancang, memantau dan menilai pelaksanaan SPSK di sekolah. Pasukan Petugas Kualiti berperanan besar dalam menentukan hala tuju SPSK sekolah.

2. Item B (2) Mengadakan Mesyuarat Pasukan Petugas Kualiti - Untuk menjayakan peranannya dalam memastikan SPSK dijalankan di sekolah, Pasukan Petugas Kualiti perlulah bermesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Mesyuarat yang berkualiti perlu diadakan bagi mengenalpasti sebarang kekurangan, kelebihan dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.

Baca lagi...

23 October 2012

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 4

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Pengetua dan Guru Besar serta wakil sekolah yang turut serta memeriahkan Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB 2012 yang lalu.

2. Tahniah kepada semua sekolah yang telah menerima anugerah masing-masing dan diharap dapat meneruskan kecemerlangan dan kejayaan ini pada masa yang akan datang. Kepada sekolah yang telah mencuba tetapi tidak berjaya, diharap tidak berputus asa dan cuba lagi pada tahun depan.


Baca lagi...

Pelancaran SPSK Daerah Sabak Bernam


Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) daerah Sabak Bernam telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Selangor yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Pelancaran SPSK dibuat bersekali dengan perasmian Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2012 pada 20 Oktober 2012 di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Tahniah dan semoga SPSK memacu kecemerlangan sekolah.....


Baca lagi...

16 October 2012

Mesyuarat Pasukan Petugas Kualiti Sekolah - Akhir Tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Terima kasih kepada pengurusan sekolah SPSK Fasa 1 dan Fasa 2 yang telah memberi kerjasama yang sungguh memuaskan semasa sesi bimbingan dan pemantauan yang lalu. Sesungguhnya sesi bimbingan dan pemantauan amat diperlukan sebagai suatu kaedah pemastian terhadap pematuhan proses kerja yang ditetapkan.

2. Sepanjang melaksanakan SPSK ini, ada kemungkinan terdapat isu-isu yang ditimbulkan oleh guru atau kakitangan sokongan. Jangan panik dengan isu yang dikemukakan kerana sebenarnya ia adalah proses yang amat diperlukan bagi menambahbaik sistem yang diamalkan.

3. Semua isu yang ditimbulkan boleh dikemukakan untuk perhatian dan tindakan penambahbaikan oleh pihak JPNS selaku pemilik dokumen. Namun perlulah disalurkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Baca lagi...

15 October 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Taklimat kepada seluruh warga PPD Sabak Bernam pada 13 Oktober 2012 di Pusat Kecemerlangan PPDSB.
Tahniah dan selamat berjuang!!!

Tanggungjawab di bahu kita semua...



Baca lagi...

21 September 2012

JK SPSK Daerah Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam telah menubuhkan Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti bagi memastikan SPSK daerah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Anggota JK SPSK Daerah adalah seperti berikut:



Pengerusi                             :Pn. Hjh. Samsiah binti Hj. Jamaludin
                                                Pegawai Pelajaran Daerah
Timbalan Pengerusi            :Tn. Hj. Mokhtar bin Manijo
                                                Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Naib Pengerusi 1                 :En. Mohd Jaluli bin Hj. Yahaya
                                                Ketua Unit Pengurusan Akademik
Naib Pengerusi 2                 :Tn. Hj. Ismail bin Sajat
                                                Ketua Unit Pengurusan Sekolah
Naib Pengerusi 3                 :Tn. Hj. Azman bin Mashuri
                                                Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
Setiausaha:                          :En. Japri bin Ismail
                                                Pen. PPD Pengurusan Kualiti
Pen. Setiausaha:                 :Pn. Hjh. Zakiah binti Mat Rabee
                                                Pen. PPD Prasekolah

Ahli :
1.            En. Rozli bin Ahmad – Pen. PPD Bahasa Inggeris (M)
2.            En. Mohd Khusaini bin Supardi – Penyelia Peperiksaan
3.            Pn. Hjh. Zuraidah binti Hj. Mohd Sanip – YDP MPSM
4.            Tn. Hj. Suhaimi bin Hj. Ramli – YDP MGB (SK)
5.            En. Chong Loon Siok – YDP MGB (SJKC)
6.            En. Naarayanasree a/l Appanah @ Ramanaidu – YDP MGB (SJKT)
7.            Tn. Hj. Mohd Alias bin Saat – Pengurus Kualiti SMK Sungai Besar
8.      En. Khaire bin Md. Zen – Pengurus Kualiti SK Batu 38

Semoga SPSK dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan mencapai matlamatnya.

Baca lagi...

18 September 2012

Senarai Semak Pemantauan SPSK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersama-sama ini disertakan senarai semak aspek yang akan dipantau berkaitan Seksyen 4, Seksyen 5 dan Seksyen 6 untuk makluman dan tindakan sekolah-sekolah.

Dapatkan Instrumen Pemantauan Seksyen 4, 5 dan 6 di SINI  

Semoga maklumat di atas dapat membantu.

Terima kasih.

Baca lagi...

Jadual Terkini Pemantauan SPSK Siri 3


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kepada Pengurus Kualiti Sekolah-sekolah Kualiti Fasa 1 dan 2.


JADUAL TERKINI BIMBINGAN DAN PEMANTAUAN SIRI 3
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
DAERAH SABAK BERNAM

Pegawai Pemantau :
1.          En. Japri bin Ismail – Pen. PPD Pengurusan Kualiti, PPDSB
2.     Hjh. Zakiah bt Mat Rabee - Pengurus Juru Audit Dalam SPK, PPDSB
3.     En. Rozli bin Ahmad - Pen. Pengurus Juru Audit Dalam SPK, PPDSB
4.          Tn. Hj. Mohd Alias bin Saat – Pengurus Kualiti SMK Sungai Besar
5.          Tn. Hj. Mohd Izam bin Abu Bakar – Pengurus Kualiti SMK Tunku Abdul Rahman Putra
6.          En. Ismail bin Kosman – Pengurus Kualiti SMK Ungku Aziz
7.          En. Samsudin bin Abd. Kadir – SMK Bagan Terap
8.          Pn. Hjh. Norfaridah binti Mohd Jajuli – Pengurus Kualiti SMK Bagan Terap
9.          En. Harun bin Saib – Pengurus Kualiti SK Seri Makmur
10.          Pn. Normah bt Bakari – SK Bagan Terap
11.          En. Khaire bin Md. Zen – Pengurus Kualiti SK Batu 38

BIL
TARIKH 
SEKOLAH / MASA
SKOP PEMANTAUAN
1
28 Sept 2012
SK Seri Makmur 8.00 – 12.00 tgh
1.     Seksyen 4 : Sistem Pengurusan Kualiti
2.     Seksyen 5 : Tanggungjawab Pengurusan
3.     Seksyen 6 : Pengurusan Sumber
4.     PK 01 hingga PK 17
2
19 Sept 2012
SMK Bagan Terap
8.00 – 12.00 tgh
3
20 Sept 2012
SK Bagan Terap 8.00 – 12.00 tgh
4
21 Sept 2012
SMK Ungku Aziz 8.00 – 12.00 tgh
5
24 Sept 2012
SMK Tunku Abdul Rahman Putra
8.00 – 12.00 tgh
6
27 Sept 2012
SK Batu 38
8.00 – 12.00 tgh
7
26 Sept 2012
SMK Sungai Besar 8.00 – 12.00 tgh
8
2 Okt 2012
SMK Seri Bedena 8.00 – 12.00 tgh

* Kemaskini pada 24 Sept 2012
* Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan

Nota:
1.      Pemantauan berpandukan Instrumen Pemantauan yang disediakan (JPS/SJK-SPSK/01)
2.      Tuan/puan diminta melengkapkan instrumen pemantauan tersebut dengan menyediakan bahan-bahan bukti/evidens bagi setiap perkara/item di suatu tempat yang ditentukan.
3.      Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
Wakil Pengurusan (GPK 1), Pengurus Kualiti, Setiausaha Pasukan Petugas Kualiti dan guru berkenaan hendaklah berada bersama-sama semasa pemantauan dijalankan. Jika guru berkenaan ada P&P pada masa pemantauan, jadual ganti hendaklah disediakan.
Baca lagi...

03 September 2012

Taklimat Bimbingan dan Pemantauan Siri 3/2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Semua Pengurus Sekolah Kualiti (Fasa 1 dan 2) yang telah dilantik sebagai Juru Audit Dalam SPSK dikehendaki menghadiri taklimat pelaksanaan bimbingan dan pemantauan SPSK seperti ketetapan berikut:
            Tarikh : 13 September 2012
            Masa : 3.00 petang
            Tempat : Bilik Melati PKG Sungai Besar

2. Diharap Tuan Pengetua dan Guru Besar sekolah berkenaan dapat memberi kebenaran kepada guru berkenaan untuk menjalankan tugas.

Sekian dimaklumkan.

p/s: Surat rasmi berkaitan perkara tersebut telah dihantar ke sekolah-sekolah.

Klik di sini untk download Senarai Semak Pemantauan

Senarai Juru Audit SPSK:

1.          Tn. Hj. Mohd Alias bin Saat – Pengurus Kualiti SMK Sungai Besar
2.          Tn. Hj. Mohd Izam bin Abu Bakar – Pengurus Kualiti SMK Tunku Abdul Rahman Putra
3.          En. Ismail bin Kosman – Pengurus Kualiti SMK Ungku Aziz
4.          En. Samsudin bin Abd. Kadir – SMK Bagan Terap
5.          Pn. Hjh. Norfaridah binti Mohd Jajuli – Pengurus Kualiti SMK Bagan Terap
6.          En. Harun bin Saib – Pengurus Kualiti SK Seri Makmur
7.          Tn. Hj. Sulam bin Askandar – SK Bagan Terap
8.     En. Khaire bin Md. Zen – Pengurus Kualiti SK Batu 38


Baca lagi...

SPSK - Bimbingan dan Pemantauan Siri 3/2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bimbingan dan Pemantauan khusus untuk 8 buah sekolah kualiti fasa 1 dan 2 sahaja.


JADUAL BIMBINGAN DAN PEMANTAUAN SIRI 3
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
DAERAH SABAK BERNAM

Pegawai Pemantau :
1.          En. Japri bin Ismail – Pen. PPD Pengurusan Kualiti, PPDSB
2.          Tn. Hj. Mohd Alias bin Saat – Pengurus Kualiti SMK Sungai Besar
3.          Tn. Hj. Mohd Izam bin Abu Bakar – Pengurus Kualiti SMK Tunku Abdul Rahman Putra
4.          En. Ismail bin Kosman – Pengurus Kualiti SMK Ungku Aziz
5.          En. Samsudin bin Abd. Kadir – SMK Bagan Terap
6.          Pn. Hjh. Norfaridah binti Mohd Jajuli – Pengurus Kualiti SMK Bagan Terap
7.          En. Harun bin Saib – Pengurus Kualiti SK Seri Makmur
8.          Tn. Hj. Sulam bin Askandar – SK Bagan Terap
9.          En. Khaire bin Md. Zen – Pengurus Kualiti SK Batu 38

BIL
TARIKH 
SEKOLAH / MASA
SKOP PEMANTAUAN
1
18 Sept 2012
SK Bagan Terap 8.00 – 12.00 tgh
1.     Seksyen 4 : Sistem Pengurusan Kualiti
2.     Seksyen 5 : Tanggungjawab Pengurusan
3.     Seksyen 6 : Pengurusan Sumber
4.     PK 01 hingga PK 17
2
19 Sept 2012
SMK Bagan Terap
8.00 – 12.00 tgh
3
20 Sept 2012
SK Seri Makmur 8.00 – 12.00 tgh
4
21 Sept 2012
SMK Ungku Aziz 8.00 – 12.00 tgh
5
24 Sept 2012
SMK Tunku Abdul Rahman Putra
8.00 – 12.00 tgh
6
25 Sept 2012
SK Batu 38
8.00 – 12.00 tgh
7
26 Sept 2012
SMK Sungai Besar 8.00 – 12.00 tgh
8
27 Sept 2012
SMK Seri Bedena 8.00 – 12.00 tgh

Nota:
1.      Pemantauan berpandukan Instrumen Pemantauan yang disediakan (JPS/SJK-SPSK/01)
2.      Tuan/puan diminta melengkapkan instrumen pemantauan tersebut dengan menyediakan bahan-bahan bukti/evidens bagi setiap perkara/item di suatu tempat yang ditentukan.
3.      Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
Wakil Pengurusan (GPK 1), Pengurus Kualiti, Setiausaha Pasukan Petugas Kualiti dan guru berkenaan hendaklah berada bersama-sama semasa pemantauan dijalankan. Jika guru berkenaan ada P&P pada masa pemantauan, jadual ganti hendaklah disediakan.
Baca lagi...