SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

09 December 2010

Langkah Permulaan SPSK

Assalamualaikum w.b.t

1.Pengetua dan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 SPSK daerah Sabak Bernam telah didedahkan mengenai SPSK secara jelas, terperinci dan telus semasa Taklimat Pendedahan SPSK di Hotel Rosa Passadena pada 29-1 Disember lalu.

2.Intipati kepada kejayaan pelaksanaan SPSK di sekolah ialah "komitmen pengurusan". Ini bermakna Pengetua/Guru Besar dan GPK Pentadbiran sekolah perlu mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan SPSK di sekolah.

3.Pengetua/Guru Besar dan GPK 1 seharusnya mempunyai pengetahuan luas tentang SPSK dan berupaya memberi arahan jelas kepada warga sekolah agar SPSK memberi impak seperti yang diharapkan.

4.Langkah pertama pelaksanaan SPSK ialah memberi pendedahan dan penjelasan kepada seluruh warga sekolah tentang pelaksanaan SPSK ini. Pastikan tiada seorang pun warga sekolah yang menunjukkan sikap kurang senang tentang SPSK ini. Ingatlah hasil akhir yang hendak dicapai ialah kecemerlangan sekolah!

5.Jika pendedahan dilakukan dalam Mesyuarat Guru Kali Pertama, pastikan Pngetua/Guru Besar dan GPK 1 menyampaikan perkara tersebut secara tegas tetapi penuh berhikmah. Catatkan dalam minit mesyuarat dan edarkan kepada semua guru.

6.Pastikan juga pelaksanaan SPSK dihebahkan secara berterusan dalam setiap mesyuarat, perhimpunan, perjumpaan dan sebagainya.

7.SPSK hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah jika semua warga sekolah di setiap peringkat memahami, menghayati dan berusaha melaksanakannya.

Jumpa lagi.