Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. Seperti yang diketahui, proses Audit Dalaman dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan dan diakhiri dengan Mesyuarat Penutupan.
2.
Mesyuarat Pembukaan yang dijalankan bertujuan memaklumkan kepada lokasi
(sekolah kualiti) tentang prosedur audit dan menyelarasakan perjalanan
audit mengikut kesesuaian lokasi dan juru audit. Mesyuarat Penutupan
pula bertujuan memaklumkan dan merumuskan hasil dapatan audit yang telah
dijalankan.
3. Tentatif Mesyuarat Pembukaan
a) Ucapan Pengerusi Majlis (Wakil Sekolah)
b) Ucapan Ketua Pasukan Juru Audit - Penerangan mengenai prosedur
audit, memperkenal juru audit, kaedah audit, skop audit dan jadual
audit.
c) Ucapan Pengetua/Guru Besar/Wakil Pengurusan
d) Penutup
*Nota: Kehadiran mesyuarat hendaklah dicatatkan.
4. Tentatif Mesyuarat Penutupan
a) Ucapan Pengerusi Majlis (Wakil Sekolah)
b) Pembentangan Laporan Dapatan Audit oleh Ketua Juru Audit Dalam
c) Maklumbalas Wakil Lokasi - Pengetua/Guru Besar/Wakil Pengurusan
d) Perbincangan
e) Penyerahan Laporan Audit
f) Penutup
*Nota: Kehadiran mesyuarat hendaklah dicatatkan
5.
Ini adalah format standard pelaksanaan Audit dalam Sistem Pengurusan
Kualiti. Masa yang diambil bagi mengadakan mesyuarat tersebut diantara
20 hingga 30 minit. Mungkin Mesyuarat Penutupan agak panjang kerana
terdapat ruang perbincangan dan soal jawab antara auditee dan juru
audit.
6. Ini adalah
pengalaman pertama sekolah diaudit oleh pasukan audit dalaman darai PPD
Sabak Bernam dan pastinya memberi pengalaman baru kepada semua.
Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar.
Selamat berjaya!