Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. Sekolah SPSK mungkin akan melaksanakan LADAP bagi memperkenalkan ISO 9001:2008 kepada semua warga sekolah.
2. Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti oleh SU LADAP Sekolah agar latihan yang dijalankan mematuhi standard yang ditetapkan dalam dokumen kualiti.
- Tentukan arahan/punca kuasa melaksanakan latihan (dalam konteks ini, Pelaksanaan SPSK di Sekolah). Misalnya arahan Pengetua/Guru Besar atau keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Pengurusan atau Mesyuarat Guru yang dapat dibuktikan melalui salinan minit mesyuarat.
- Menyediakan surat-surat jemputan, beserta Borang Setuju Hadir. (Kepada penceramah, peserta dll) Failkan salinan surat-surat dan borang setuju hadir.
- Menyediakan Jadual Latihan. Jadual latihan boleh diedarkan kepada peserta dan penceramah bersekali dengan surat jemputan atau pada hari latihan diadakan.
- Menyediakan Senarai Kehadiran Latihan. Senarai kehadiran perlu disediakan dan ditandatangani oleh peserta dan penceramah.
- Penyediaan tempat. Isi borang/buku tempahan tempat latihan (bilik mesyuarat, dewan dsb)
- Sediakan juga nota minta makan minum (jika berkaitan). Salinan nota minta disimpan oleh SU LADAP.
- Sediakan sijil kehadiran kepada semua peserta yang berjaya menghadiri latihan. Sijil kepada penceramah juga hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar.
- Sediakan Borang SPSK PK10/4 (Instrumen Penilaian Kursus/Latihan) dan Borang SPSK 10/5 (Instrumen Keberkesanan Program) secukupkan untuk dilengkapkan oleh semua peserta. Kumpulkan kembali instrumen tersebut dan disimpan untuk dianalisis.
- Rakamkan perjalanan latihan.
- Rekodkan kursus yang telah dihadiri dalam SPLG/eSSPeL on-line.
3. Semoga panduan ini memberi manfaat kepada SU LADAP Sekolah di samping panduan yang tertulis dalam manual dan dokumen kualiti yang disediakan.
Terima kasih dan jumpa lagi.