SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

09 March 2012

Pengurusan Borang PK 03-1 (Pemantauan SPSK)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
 1. Tujuan pemantauan dilakukan adalah untuk memastikan pelaksanaan program/aktiviti dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

 2. Pemantauan bukan sama sekali untuk sengaja mencari kesilapan atau kesalahan pihak lain. Sepatutnya pemantauan menjadikan organisasi yang dipantau bertambah yakin, bersemangat dan bersungguh-sungguh.


3. Bagaimana prosedur pemantauan dijalankan? Rujuk di sini.

4. Kali ini saya ingin menjelaskan tentang pengurusan Borang Maklum Balas dan Cadangan Penambahbaikan Pemantauan (PK 03-1) agar pihak sekolah mendapat manfaat darinya.

 5. Sebaik-baik sahaja menerima borang PK 03-1, pihak sekolah diberi masa selama 14 hari bekerja untuk menjawab dapatan pemantauan dan seterusnya mengembalikan semula kepada pihak pemantau.

 6. Tindakan pihak sekolah : 
 i) Failkan penerimaan surat.
 ii) Bincangkan dapatan pemantauan dan bentuk/jenis serta pihak yang akan mengambil tindakan bagi semua dapatan. Perbincangan adalah antara Wakil Pengurusan, Pengurus Kualiti, Setiausaha, Pengurus PK 5, Pengurus PK 16 dan pegawai/guru yang berkenaan. 
iii) Catatkan secara jelas tentang bentuk tindakan yang akan/telah diambil pada ruangan yang disediakan pada Borang PK 03-1. 
 iv) Dapatkan pengesahan Pengetua/GB atau Wakil Pengurusan (GPK1). 
 v) Hantar semula ke PPDSB (UP: Unit Pengurusan Kualiti). Satu salinan hendaklah difailkan.


 Semoga panduan ini dimanfaatkan oleh semua sekolah kualiti... 
Wassalam.