SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

19 July 2012

Siri Pendedahan SPSK - SAM Pasir Panjang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. SAM Pasir Panjang mengambil inisiatif mengadakan LADAP berkaitan pelaksanaan SPSK kepada semua guru dan kakitangan sekolah pada 18 Julai 2012. Sesi ini dilihat amat penting bagi memberi maklumat awal kepada pelaksana SPSK agar 'kebimbangan' tentang SPSK ini dapat dihapuskan.

2. Dapat disimpulkan di sini bahawa SAM Pasir Panjang komited dalam melaksanakan SPSK di sekolah dan amat mengharapkan bimbingan dari masa ke semasa. InsyaAllah bimbingan sentiasa akan diberikan berdasarkan keperluan sekolah.

3. Diharap semua warga SAM Pasir Panjang bersedia menerapkan SPSK dalam urusan seharian di sekolah dengan hati terbuka demi kecemerlangan anak didik secara amnya.

Tahniah kepada warga sekolah dan selamat maju jaya.