SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

29 October 2012

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 6

1. Item C (1) Taklimat pelaksanaan SPSK kepada warga sekolah - Bagi memastikan semua warga sekolah (guru dan AKS) memahami dengan jelas SPSK dan perjalanannya di sekolah, suatu bentuk latihan perlu diberikan kepada mereka. Asas, objektif dan rasional SPSK perlu didedahkan kepada semua pihak agar SPSK yang dijalankan difahami dan dihayati oleh warga organisasi.


2. Item C (2) Memaklumkan amalan SPSK kepada pelanggan - SPSK yang diamalkan perlu disebar luas kepada warga sekolah dan pelanggan luaran. Pemakluman kepada pelanggan boleh dibuat melalui mesyuarat, banner, bahan-bahan bercetak, laman web sekolah dan sebagainya.

3. Item C (3) Memastikan kecukupan sumber manusia - Pengurusan sekolah perlu memastikan bilangan sumber manusia di sekolah mencukupi seperti yang telah ditetapkan. Usaha perlu dibuat bagi memastikan kecukupan bilangan sumber manusia kerana kejayaan SPSK bergantung kepada sumber manusia yang kompeten dan mencukupi.

4. Item C (4) Menyediakan latihan atau mengambil tindakan lain untuk mencapai kecekapan - Latihan, perbincangan, taklimat, bengkel dan seumpamanya dirancang dan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan SPSK terus hidup dan diamalkan.

5. Item C (5) Memastikan persekitaran kerja yang kondusif - Persekitaran tempat kerja (guru) dan tempat belajar (murid) memainkan peranan ke arah pencapaian objektif / matlamat organisasi. Prasarana dan kemudahan sedia ada perlu diselenggara dan ditambahbaik dari masa ke semasa supaya ia kekal kondusif dan sesuai untuk proses pembelajaran.

6. Item C (6) Memastikan aspek keselamatan sekolah terjaga - Langkah-langkah keselamatan warga organisasi dan pelanggan perlu dititikberatkan sepanjang masa. Kenalpasti bentuk ancaman keselamatan yang wujud dan ambil langkah awal bagi mangatasi ancaman tersebut.

Sekian dan selamat berjaya...