Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. Mesyuarat JK SPSK Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 6 November 2012 di Bilik Mesyuarat UPK, PPDSB dan telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah.
2. Mesyuarat yang diadakan bertujuan memastikan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dapat diaplikasikan oleh semua sekolah daerah pada tahun 2013.
3. Terima kasih atas sumbangan idea dari kalangan ahli mesyuarat yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap SPSK.
4. Antara keputusan mesyuarat tersebut ialah mengadakan sesi penerangan kepada sekolah-sekolah mengikut zon PKG seawal bulan Januari 2013.
5. Mesyuarat MPSM dan MGB (SK/SJKC dan SJKT) pada tahun 2013, diminta memasukkan SPSK sebagai salah satu agenda yang dibincangkan dan seterusnya akan dibawa ke dalam mesyuarat JK SPSK Daerah.
6. Pengurus sekolah terlebih dahulu perlu memahami dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap SPSK dan sentiasa memantau pelaksanaannya di sekolah.
7. Panduan pelaksanaan SPSK melalui CDR (visual) akan disediakan dengan kerjasama YDP MGB (SK) dan akan diedarkan kepada semua sekolah.
8. Kesimpulannya, SPSK bukanlah suatu tugas/beban baharu di kalangan guru tetapi menyelaras tugas-tugas sedia ada berdasarkan prosedur kerja yang standard/piawai di negeri Selangor dengan mematuhi akta / pekeliling / siaran yang sedang berkuatkuasa.
Sekian dan selamat maju jaya...