Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. Kualiti mementingkan penambahbaikan berterusan berdasarkan keperluan dan kehendak semasa.
2. Bagi memastikan SPSK tetap relevan dan menjadi tunjang kecemerlangan sekolah, dokumen kualiti SPSK perlu dinilai semula untuk mencari ruang bagi membuat penambahbaikan.
3. Pihak Jabatan Pelajaran Selangor mengambil inisiatif membuka ruang kepada petugas kualiti di JPNS, PPD dan sekolah menyumbangkan idea bagi menambahbaik dokumen kualiti SPSK itu sendiri.
4. Untuk itu, suatu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan SPSK Tahun 2013 akan diadakan pada 6 dan 7 Februari di SMK Desa Serdang, Seri Kembangan.
5. Mesyuarat yang berlangsung selama 2 hari dijangka akan memperluas skop SPSK kepada bidang hal ehwal murid dan kokurikulum di samping memperkukuh proses kerja bidang akademik.
6. Selamat bermesyuarat kepada semua ahli mesyuarat yang terpilih. Salam hormat.