SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

04 August 2013

Pelaksanaan Audit Dalam PPD Sabak Bernam Tahun 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Mulai bulan Mei sehingga bulan Julai 2013, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam terlalu sibuk dengan pelbagai program termasuk juga proses audit dalam yang menjadi suatu kewajipan dalam sistem pengurusan berkualiti ISO.

2. Pada 2 dan 3 Mei 2013, pelaksanaan audit dalam bagi dokumen kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan PPD Selangor telah dijalankan.
3. Alhamdulillah, proses audit berlangsung dengan sempurna tanpa Non Comformance Report (NCR) tetapi menerima 1 Opportunities For Improvement (OFI). OFI yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan seksyen 4.2.4 iaitu Kawalan Rekod.

4. Pada 22 hingga 24 Julai pula, PPDSB berhadapan pula dengan audit dalam bagi dokumen kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Semua warga PPD berjaya memberikan komitmen yang baik sepanjang proses audit dalam berlangsung.

5. Juru audit berpuas hati dengan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2008 yang diamalkan. Buktinya, tiada NCR ditemukan namun menerima 2 OFI.

6. Tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dengan segera dilakukan bagi mengenalpasti punca ketidakpatuhan serta mengambil tindakan pembetulan segera. Kemudian disusuli dengan tindakan kawalan/pencegahan bagi memastikan perkara sama tidak berlaku lagi di lokasi dan pada masa akan datang.

7. Tahniah kepada seluruh warga PPD Sabak Bernam atas pengekalan sijil MS ISO 9001:2008 pada tahun ini.

Jumpa lagi.