SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

02 October 2013

Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD)

Dalam situasi serba mencabar ini, institusi pendidikan diamanahkan dengan gagasan besar transformasi negara dal pelbagai perubahan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Masyarakat pula mengangap isnstitusi pendidikan sebagai agen perubahan yang penting, maka setiap organisasi dalam sistem pendidikan kebangsaan memerlukan pemimpin yang bukan sahaja memiliki impian dan bijak mengungkapnya, tetapi pemimpin yang mampu menyuntik inspirasi ke dalam jiwa pengikutnya ke arah pencapaian dan penyempurnaan matlamat organisasinya.
     Justeru itu, sekolah hari ini memerlukan kehadiran pemimpin yang mata akal dan mata hatinya bukan sahaja melihat ke ufuk matlamat yang lebih jauh dan lebih besar. Trend kepimpinan perlu berubah supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar dan kehendak pemegang amanah. Sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu memikirkan cara untuk melestarikan kecemerlangan serta membina modal insan yang mampu berkhidmat dengan cemerlang menerusi prinsip kerja X-PLUS, (X) Cemerlang, (P) Pengetahuan, (L) Latihan, (U) Usaha dan (S) Semangat sepasukan. (ABD. Ghafar bin Mahmud, 2011)