SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

08 July 2015

Format Baharu Anugerah Kualiti PPD Sabak Bernam 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


1. Jawatankuasa Induk Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB telah berbincang pada 7.7.2015 dan telah membuat keputusan akan mengadakan beberapa pembaharuan dalam penganjuran majlis tersebut.

2. Majlis Anugerah Kualiti ini telah dijalankan sejak tahun 2006 lagi dan sewajarnyalah diberi nafas baharu sesuai dengan perkembangan semasa.

3. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk mengiktiraf kualiti dan kecemerlangan yang telah dicapai oleh semua pihak dalam bidang kurikulum/peperiksaan awam, kokurikulum/sukan dan bidang pengurusan di sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam.

4. Oleh yang demikian, ia bukan lagi berbentuk pertandingan antara sekolah tetapi lebih kepada persaingan dalam organisasi itu sendiri dalam mengejar kualiti.

5. Anugerah juga terbuka kepada semua pihak iaitu sekolah, kumpulan, dan individu (pemimpin, guru dan murid) yang telah dikenalpasti menunjukkan kualiti dan melepasi standard yang ditetapkan.

6. Bentuk penilaian yang dibuat bagi menentukan pemberian anugerah adalah berdasarkan data sahih, laporan dan dapatan pemantauan berterusan sepanjang tahun yang telah dijalankan.

7. Diharapkan semua pihak ambil maklum akan perubahan ini dan menjadikan KUALITI sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Terima kasih.