SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

30 December 2011

Panduan Pelaksanaan LADAP Sekolah: ISO 9001:2008

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sekolah SPSK mungkin akan melaksanakan LADAP bagi memperkenalkan ISO 9001:2008 kepada semua warga sekolah.

2. Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti oleh SU LADAP Sekolah agar latihan yang dijalankan mematuhi standard yang ditetapkan dalam dokumen kualiti.

Baca lagi...

29 December 2011

Sekolah Kualiti Sabak Bernam Tahun 2012

SEKOLAH KUALITI FASA 1

SEKOLAH KUALITI FASA 2



SELAMAT MAJU JAYA

Baca lagi...

Jadual Waktu Guru 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sudahkah sekolah menyiapkan jadual waktu sesi persekolahan bagi tahun 2012?

2. Objektif kualiti Pengurusan Jadual Waktu (PK 02) menetapkan bahawa jadual waktu hendaklah diedarkan kepada semua guru dalam tempoh 7 hari sebelum sesi persekolahan bermula.

3.  Maksudnya, sebelum 4 Januari 2012 semua guru telah mempunyai jadual waktu masing-masing.

4. Pastikan semua rekod kualiti Pengurusan Jadual Waktu disimpan (fail atau folder).

Semoga berjumpa lagi..

Baca lagi...

SPSK 2012: Selamat Berjaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Terlebih dahulu diucapkan Selamat Tahun Baharu 2012 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga tahun ini menjadi tahun yang bermakna kepada semua.

2. Bagi sekolah-sekolah kualiti di daerah Sabak Bernam, selamat maju jaya dan insyaallah SPSK akan membantu melonjakkan kecemerlangan sekolah anda.

3. Pihak PPD Sabak Bernam sedia membantu sekolah dalam melaksanakan SPSK ini.

Semoga berjaya dan jumpa lagi..

Baca lagi...

13 November 2011

Persediaan Melaksanakan SPSK Tahun 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sesi persekolahan bagi Tahun 2011 hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum sekolah bercuti panjang.

2. Sebelum memulakan percutian, pihak sekolah melihat pelaksanaan sebahagian daripada Prosedur Kerja dalam SPSK yang dilaksanakan pada bulan Disember nanti. Ini bagi memastikan pelaksanaan SPSK adalah mengikut standard yang telah ditetapkan.

3. Pertamanya ialah Mesyuarat Guru kali pertama yang kebiasaannya dijalankan pada akhir bulan Disember. Pengetua/Guru Besar hendaklah menegaskan kepada semua warga sekolah tentang pelaksanaan SPSK ini secara jelas dan terperinci. Pastikan makluman dan tindakan dicatatkan dalam minit mesyuarat yang akan digunakan sebagai bukti dokumentasi.

4. Dalam mesyuarat tersebut Pengetua/Guru Besar hendaklah mengarahkan semua guru dan kakitangan sekolah yang berkenaan melaksanakan Prosedur Kerja dalam Dokumen Kualiti ISO. Ini boleh menjadi punca kuasa kepada guru untuk melaksanakan SPSK dengan berkesan.

5. Selain itu, Prosedur Kerja bagi Pengurusan Jadual Waktu (PK 02) bermula pada bulan Disember. Disarankan Jawatankuasa Jadual Waktu sekolah dapat meneliti dan mematuhi prosedur pengurusan jadual waktu agar menepati standard yang ditetapkan.

6. Dengan perancangan awal yang rapi, diyakini pelaksanaan SPSK dapat dijayakan dengan cemerlang.

Sekian. Selamat bercuti dan jumpa lagi.
Baca lagi...

Sekolah SPSK Daerah Sabak Bernam: TERKINI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Berikut adalah senarai sekolah daerah Sabak Bernam yang melaskanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti berasaskan ISO 9001:2008:
1. SMK Bagan Terap : Mulai 2011
2. SMK Seri Bedena : Mulai 2011
3. SK Bagan Terap : Mualai 2011
4. SK Batu 38 : Mulai 2011
5. SMK Sungai Besar : Mulai 2012
6. SMK Ungku Aziz : Mulai 2012
7. SMK Tunku Abdul Rahman Putra : Mulai 2012
8. SK Seri Makmur : Mulai 2012

Tahniah diucapkan atas pemilihan ini dan semoga berjaya.
Baca lagi...

31 October 2011

Kursus SPSK Fasa 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. JPNS terbukti masih komited melaksanakan SPSK kepada sekolah-sekolah di negeri Selangor khususnya dan ingin memperluaskan SPSK sehingga mencapai matlamat: semua sekolah di Selangor mengamalkan SPSK.

2. Untuk itu sebanyak 35 buah sekolah lagi di seluruh Selangor akan melaksanakan SPSK mulai tahun 2012 menjadikan 75 buah sekolah semuanya menjadi peneraju kepada SPSK di sekolah.

3. Kursus pendedahan SPSK kepada Pengetua/Guru Besar dan GPK Pentadbiran sekolah akan diadakan pada hari ini, 31 Okt 2011 hingga 2 Nov 2011 di Tower Regency Hotels & Apartment, Ipoh.

4. Bagi daerah Sabak Bernam, sekolah yang terlibat ialah SK Seri Makmur, SMK Sungai Besar, SMK Ungku Aziz dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra.

5. Diharapkan semua wakil sekolah dapat mengaplikasikan SPSK di sekolah masing-masing dan memastikan pengurusan perkhidmatan pendidikan di sekolah setaraf dan diiktiraf antarabangsa.

Wassalam dan selamat berjaya.

Baca lagi...

05 October 2011

Status SPSK PPD Sabak Bernam


Baca lagi...

Laporan Keseluruhan Audit Dalam : SK Bagan Terap

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dijemput dua orang wakil SK Bagan Terap (Wakil Pengurusan dan Ketua Juru Audit Sekolah) ke Unit Pengurusan Kualiti PPDSB pada 10 Oktober 2011 (Isnin) jam 9.00 pagi bagi menerima Laporan Keseluruhan Audit Dalam dan seterusnya membincangkan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan hasil daripada penemuan audit.

Sekian, terima kasih.

Baca lagi...

04 October 2011

Audit Dalam ISO 9001:2008 SK Bagan Terap

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja, guru dan bukan guru di Sekolah Kebangsaan Bagan Terap kerana telah berjaya menjalani proses audit dengan jayanya.

Proses audit yang bermula pada pukul 9.30 pagi 3 Oktober 2011 mendapat kerjasama baik daripada kalangan warga sekolah terutamanya dari Guru Besar En. Megat Fauzi Ibrahim dan Wakil Pengurusan SPSK Pn. Noorhayati Hashim.

Audit berjalan dengan lancar dan hampir kesemua PK dapat disemak oleh pasukan juru audit PPDSB seramai 11 orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Mokhtar Manijo, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah.

Diharapkan pengalaman baru ini digunakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Terima kasih dan selamat maju jaya.

Baca lagi...