SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

10 September 2013

Aspirasi, Bidang dan Anjakan PPPM 2013-2025

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA-sumber Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

1.AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

2. KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.

4.PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

5.KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.



Baca lagi...

Selamat Menduduki UPSR 2013


Selamat Maju Jaya kepada Calon UPSR Tahun 2013, murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada Tarikh 10 hingga 12 September ini. Seramai 478,848 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2013 akan menduduki peperiksaan bertulis mulai 10 hingga 12 September 2013 di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.



Baca lagi...

20 August 2013

Penukaran Pelajaran Kepada Pendidikan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Klik link di SINI untuk mendapatkan surat siaran yang berkenaan.



Baca lagi...

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 56

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun 2013 adalah "Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.



Baca lagi...

04 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t...

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidikan daerah Sabak Bernam... Maaf zahir dan batin...

Design oleh : SITI NORHANIDA BINTI HAIRUDIN PELATIH PRAKTIKUM POLITEKNIK SEBERANG PERAI


Baca lagi...

Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam di Bangunan Sementara

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam akan berpindah dari pejabat lama di SK Seri Makmur Sungai Besar ke bangunan sementara di Jalan Torkington Sabak Bernam.

Proses perpindahan sedang berjalan secara beransur-ansur dan operasi Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam akan bermula sepenuhnya di bangunan sementara tersebut pada 19 Ogos 2013.

Harap maklum. Terima kasih.

Baca lagi...

Pelaksanaan Audit Dalam PPD Sabak Bernam Tahun 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Mulai bulan Mei sehingga bulan Julai 2013, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam terlalu sibuk dengan pelbagai program termasuk juga proses audit dalam yang menjadi suatu kewajipan dalam sistem pengurusan berkualiti ISO.

2. Pada 2 dan 3 Mei 2013, pelaksanaan audit dalam bagi dokumen kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan PPD Selangor telah dijalankan.

Baca lagi...

06 March 2013

Isi Kandungan SPSK Keluaran 3 (Baharu)


Skrin syot Kandungan SPSK Keluaran Baharu 2013

Baca lagi...

04 March 2013

Dokumen Kualiti SPSK Keluaran 3 (Baru)

Dokumen SPSK Baru Mulai 1 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Jawatankuasa Teknikal JPNS telah menyiapkan dokumen kualiti SPSK yang baharu dan siap sedia untuk digunakan mulai 1 Mac 2013, iaitu keluaran nombor 3.

2. Ini bermakna dokumen kualiti yang beredar dalam sistem di sekolah telah digolongkan sebagai 'dokumen usang'. Mengikut prinsip kualiti, dokumen dan borang-borang yang digunakan mestilah kemaskini dan dokumen semasa.

Baca lagi...

02 March 2013

Informasi Tentang Amalan Persekitaran 5S



Baca lagi...