SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

27 February 2014

Pengisian Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah daerah Sabak Bernam bagi tempoh 2014-2016 akan dijalankan pada 2 dan 3 Mac 2014 di Marina Cove Resort, Lumut melibatkan Pengetua dan Guru Besar sekolah.

2. Pemimpin sekolah akan dibimbing oleh En. Mohd Khaidir bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor serta dibantu oleh Ketua-ketua Unit PPDSB dalam menghasilkan Perancangan Strategik yang lengkap agar seiring dengan perancangan JPN dan PPDSB.

Baca lagi...

17 February 2014

Taklimat dan Bengkel Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas penangguhan bengkel sama yang sepatutnya diadakan pada 17.12.2013 - Rujuk di sini.

2. Namun, PPD Sabak Bernam tetap berusaha agar bengkel tersebut dapat diadakan supaya pihak sekolah dapat merangka perancangan secara bersistematik bagi memajukan sekolah.

Baca lagi...

Jelajah SPSK 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) masih diteruskan di semua sekolah di negeri Selangor, berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Selangor melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan tahun 2013 yang lalu.

Baca lagi...

21 January 2014

Tahniah Sekolah Yang Dicalonkan Menerima Baiah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam mengucapkan tahniah dan syabas kepada sekolah yang telah terpilih sebagai calon penerima baiah hasil daripada pengisian PKS SKPM bagi sekolah rendah yang lalu.

Baca lagi...

23 December 2013

Status Pengisian SKPM 2003 dan SKPM 2010 (SR)

Status Pengisian SKPM 2003 (SR) Sehingga 23.12.2013
Status Pengisian SKPM 2010 (SR) Sehingga 23.12.2013

Baca lagi...

14 December 2013

Bengkel Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum. w.b.t dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Bengkel Perancangan Strategik Sekolah 2014-2016 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh           : 17.12.2013
Masa            : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat         : Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam
Sasaran        : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah
Keperluan    : Komputer riba, wayar penyambung, dokumen perancangan strategik lama, draf rancangan   strategik baharu
Dapatkan dokumen Perancangan Strategik terkini DI SINI.

Baca lagi...

06 December 2013

Kelasifikasi Fail Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Dalam amalan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), aspek kawalan rekod dan dokumen sangat dititikberatkan. Kawalan rekod yang baik mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi.

2. Suatu sistem pengurusan rekod hendaklah diwujudkan bagi mentadbir urus pewujudan, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan sesuatu rekod. Di Malaysia, pihak yang menjadi rujukan terhadap pengurusan rekod ialah Arkib Negara Malaysia.
Kulit Muka Hadapan Panduan Kelasifikasi Fail Sekolah


Baca lagi...

29 November 2013

Makluman Terkini Pengisian SKPM

Rujuk Portal e-nazir untuk mendapatkan maklumat lanjut, di sini.

Skrin syot dari Portal e-nazir, KPM
Sebarang masalah sila berhubung dengan pegawai JNJK Negeri Selangor seperti berikut:

Nama : PN. RUSITA BT MOHAMMAD (JNJK SELANGOR)
Telefon : 03-55107500

Emel : rusita.muhamad@moe.gov.my

Baca lagi...

06 November 2013

Penarafan Kendiri SKPM Tahun 2013

Maklumat dari portal eNazir.



Baca lagi...

02 October 2013

Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD)

Dalam situasi serba mencabar ini, institusi pendidikan diamanahkan dengan gagasan besar transformasi negara dal pelbagai perubahan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Masyarakat pula mengangap isnstitusi pendidikan sebagai agen perubahan yang penting, maka setiap organisasi dalam sistem pendidikan kebangsaan memerlukan pemimpin yang bukan sahaja memiliki impian dan bijak mengungkapnya, tetapi pemimpin yang mampu menyuntik inspirasi ke dalam jiwa pengikutnya ke arah pencapaian dan penyempurnaan matlamat organisasinya.
     Justeru itu, sekolah hari ini memerlukan kehadiran pemimpin yang mata akal dan mata hatinya bukan sahaja melihat ke ufuk matlamat yang lebih jauh dan lebih besar. Trend kepimpinan perlu berubah supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar dan kehendak pemegang amanah. Sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu memikirkan cara untuk melestarikan kecemerlangan serta membina modal insan yang mampu berkhidmat dengan cemerlang menerusi prinsip kerja X-PLUS, (X) Cemerlang, (P) Pengetahuan, (L) Latihan, (U) Usaha dan (S) Semangat sepasukan. (ABD. Ghafar bin Mahmud, 2011)


Baca lagi...