SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

21 February 2012

Memahami Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan - Siri 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.

1. Sebelum ini saya telah menjelaskan tentang konsep Tindakan Pembetulan dalam Sistem Penguruan Kualiti. 

2. Tindakan Pencegahan merujuk kepada aktiviti mengekang sesuatu ketidakpatuhan dalam SPSK daripada berlaku. Ia bersamaan dengan kata-kata hikmat "mencegah lebih baik dari mengubati".


3. Untuk melaksanakan tindakan ini, Wakil Pengurusan dan Pasukan Petugas Kualiti Sekolah hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan dalam sekolah setiap masa. Jika didapati sesuatu perkara menuju ke arah berlakunya ketidakpatuhan, maka Tindakan Pencegahan perlu diambil secepat mungkin.

4. Rekodkan jenis ketidakpatuhan yang bakal berlaku dan langkah mengatasi yang telah diambil diambil dalam Folder Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan.

5. Contohnya, jika Wakil Pengurusan mendapati ada seorang dua guru yang lewat beberapa minit hadir ke sekolah dan ada kemungkinan bilangan guru lewat akan bertambah atau tempoh masa kelewatan akan bertambah, maka Wakil Pengurusan bersama Pasukan Petugas Kualiti hendaklah mengambil langkah pencegahan.

6. Guru-guru diingatkan (secara bertulis atau dalam mesyuarat) tentang peraturan masa hadir bertugas dan seumpamanya sebagai satu tindakan pencegahan daripada berlakunya ketidakpatuhan tersebut.

7. Beza antara Tindakan Pembetulan dan Tindakan Pencegahan ialah dari segi MASA berlakunya ketidakpatuhan itu, sama ada TELAH BERLAKU atau AKAN BERLAKU.

Bersambung....

Wassalam.