Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. Alhamdulillah, semua sekolah SPSK daerah Sabak Bernam telah selamat menjalani sesi bimbingan dan pemantauan siri 1/2012 pada 18 hingga 20 Januari lalu.
2. Terima kasih kepada pengurusan sekolah SPSK yang memberi kerjasama yang sangat memuaskan sepanjang proses tersebut berlangsung.
3. Sebaik-baik sahaja siri bimbingan dan pemantauan tamat, pemantau akan menyerahkan borang maklum balas pemantauan (Borang PK 03-1) kepada pihak sekolah. Borang tersebut mencatatkan hasil penemuan dari pemantauan yang dibuat.
4. Pasukan Petugas Kualiti Sekolah perlu mengambil tindakan (pembetulan, pencegahan atau penambahbaikan) terhadap ketidakakuran item / perkara yang ditemui oleh pemantau. Pihak yang mengambil tindakan ialah guru/kakitangan yang bertanggungjawab terhadap punca ketidakakuran tersebut.
5. Tindakan yang diambil oleh pihak sekolah hendaklah dicatatkan pada borang maklum balas pemantauan (PK03-1) tersebut dan seterusnya dikembalikan ke PPDSB dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pemantauan.
6. Pastikan semua tindakan yang diambil mempunyai rekod/dokumen sokongan bagi membuktikan tindakan benar-benar telah dilaksanakan. Sesalinan rekod/dokumen sokongan tersebut hendaklah disimpan di dalam Folder Tindakan Pembetulan dan Pencegahan yang akan disemak pada pemantauan berikutnya.
7. Begitulah secara ringkas tindakan yang perlu dilakukan oleh Pasukan Petugas Kualiti Sekolah selepas setiap pemantauan dijalankan.
8. Pada entry akan datang saya akan cuba membezakan antara tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dalam Sistem Pengurusan Kualiti.
Sehingga berjumpa lagi...