SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

03 May 2012

Taklimat SPSK Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Makluman awal kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Sabak Bernam, bahawa PPDSB akan mengadakan taklimat berkaitan arahan JPNS meluaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ke semua sekolah daerah seperti maklumat berikut:
a) Tarikh : 10 Mei 2012
b) Tempat : Sabak Bernam Mini Convention Centre (SBMCC)
c) Masa : Sesi 1 (9.00 pg -12.00 tgh)

                 Sesi 2 (2.00 pm - 5.00 pm)
d) Turut hadir : Guru Kanan 1 (Pentadbiran) sekolah-sekolah

2. Taklimat akan disampaikan oleh Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.


3. Sila bawa Dokumen Kualiti SPSK untuk rujukan semasa taklimat.

Kehadiran amat diperlukan.
Terima kasih.