SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

27 May 2014

Penilaian Kendiri SPSK Tahun 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Sudah beberapa lama blog ini tidak dikemaskini memandangkan kesibukan tugas terutamanya menjelang Audit Dalam Dokumen Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan juga Dokumen Kualiti JPN Selangor yang berlaku secara serentak.

2. Audit Dalam MS ISO 9001:2008 yang berlangsung pada 28 hingga 30 April lalu telah berjalan dengan jayanya dan insyaAllah pengurusan pendidikan di PPD Sabak Bernam masih berada dalam standard antarabangsa seperti yang ditetapkan.

3. Lanjutan daripada Audit Dalam, pihak PPDSB sedang mengambil langkah-langkah penambahbaikan dan pembetulan hasil daripada saranan-saranan yang dikemukakan oleh juru audit tersebut. Dokumen-dokumen langkah penambahbaikan perlu disediakan dan didokumentasikan untuk tujuan audit akan datang.

4. Berkaitan dengan SPSK, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan kepada sekolah-sekolah agar melaksanakan Penilaian Kendiri terhadap pelaksanaan dan pengamalan budaya berkualiti dalam pengururusan p d p di sekolah melalui surat DI SINI.

5. Pihak JPN Selangor juga telah menyediakan instrumen Penilaian Kendiri (JPS.SJK-SPSK02) DI SINI yang akan digunakan oleh pihak sekolah dalam melaksanakan penilaian kendiri nanti.

6. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta mematuhi arahan penilaian kendiri tersebut dan dapat mengembalikan Instrumen Penilaian Kendiri yang telah lengkap seperti yang diarahkan.

7. Penilaian kendiri hendaklah dibuat secara bersama dan menggambarkan situasi sebenar pengamalan SPSK di sekolah. Bukti-bukti pelaksanaan proses kerja hendaklah didokumentasikan dengan baik dan dapat ditunjukkan jika ada lawatan verifikasi daripada mana-mana pihak selepas ini.

Sekian, salam hormat.