Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Berikut adalah garis panduan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan Penilaian Kendiri SPSK seperti yang telah dimaklumkan di sini.
1. Muat turun surat pemakluman / arahan melaksanakan Penilaian Kendiri dari JPNS dan failkan.
2. Muat turun 'softcopy' Instrumen Penilaian Kendiri (JPS.SJK SPSK02) dan padamkan semua maklumat yang telah sedia terisi pada sel yang berwarna kuning pada helaian/sheet 'PENILAIAN SPSK 2014'.
3. Pihak sekolah hanya boleh mengisi maklumat/data pada ruangan/sel yang berwarna kuning sahaja kerana bahagian lain telah dikunci / "protected".
4. Rumusan penilaian kendiri akan terpapar secara automatik pada helaian/sheet 'MARKAH'.
5. Bagi Prosedur Kerja yang ditandakan sebagai 'TIDAK PERLU DINILAI', pihak sekolah diminta mengabaikan ruangan skor berkenaan. Jangan isi skor 0, 1 atau 2.
6. Pengisian skor adalah secara kendiri tetapi berdasarkan dokumen-dokumen sokongan dan data yang dapat membuktikan proses kerja tersebut berlaku. Di sini, pihak JPN amat mengharapkan pihak sekolah membuat penilaian secara telus dan berintegriti.
7. Pengisian skor adalah berdasarkan SAMPEL / PENCONTOH yang ditentukan oleh pihak sekolah. Misalnya bagi PK 01: Pengurusan Panitia, pihak sekolah boleh memilih satu panitia sebagai SAMPEL/PENCONTOH, mewakili keseluruhan panitia di sekolah. Begitu juga dengan PK 03: Pengurusan Penmbelajaran dan Pengajaran, PK 06: Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid dan PK 07: Pengurusan Mesyuarat. Bagi memudahkan membuat rujukan pada masa akan datang, sampel/pencontoh tersebut hendaklah direkodkan.
8. Cara / kaedah penilaian kendiri dibuat bergantung kepada keperluan dan kehendak pengurusan sekolah. Apa yang ditekankan ialah skor yang diberi menggambarkan situasi sebenar di sekolah.
9. Setelah semua ruangan skor dilengkapkan (kecuali yang ditanda sebagi 'tidak perlu dinilai'), pihak sekolah hendaklah mencetak Rumusan Dapatan Keseluruhan Pemantauan SPSK dan membuat pengesahan pada ruangan yang berkenaan.
10. Simpan /'save' dalam 'hard disk' komputer untuk rujukan pada masa akan datang.
11. E-melkan 'softcopy' tersebut ke JPN di alamat sjk.jpnselangor@gmail.com dan sesalinan ke alamat upq.ppdsb@btpnsel.edu.my.
12. Cetakan Rumusan Dapatan Keseluruhan Pemantauan SPSK yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Pengurusan Kualiti PPD Sabak Bernam sahaja.
Semoga panduan ini dapat memberi kemudahan kepada semua.