SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

09 May 2012

Pelan Pelaksanaan SPSK 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Penerapan unsur-unsur kualiti berasaskan standard ISO memerlukan perancangan dari pihak sekolah.

2. Bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan, di sini disediakan Pelan Pelaksanaan SPSK bagi Tahun 2012 untuk panduan pihak sekolah.

3. Diharap pelan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Klik Imej Untuk Paparan Lebih Jelas
Terima kasih dan jumpa lagi.
Baca lagi...

03 May 2012

Taklimat SPSK Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Makluman awal kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Sabak Bernam, bahawa PPDSB akan mengadakan taklimat berkaitan arahan JPNS meluaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ke semua sekolah daerah seperti maklumat berikut:
a) Tarikh : 10 Mei 2012
b) Tempat : Sabak Bernam Mini Convention Centre (SBMCC)
c) Masa : Sesi 1 (9.00 pg -12.00 tgh)
                 Sesi 2 (2.00 pm - 5.00 pm)
d) Turut hadir : Guru Kanan 1 (Pentadbiran) sekolah-sekolah

2. Taklimat akan disampaikan oleh Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.


3. Sila bawa Dokumen Kualiti SPSK untuk rujukan semasa taklimat.

Kehadiran amat diperlukan.
Terima kasih.


Baca lagi...

01 May 2012

Kursus Kejurulatihan SPSK 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. PPD Sabak Bernam telah merancang untuk mengadakan kursus ini bagi memantapkan pelaksanaan SPSK di sekolah-sekolah kualiti.

2. Sebanyak 8 buah sekolah terlibat dengan setiap sekolah menghantar 5 orang peserta yang akan didedahkan tentang prosedur kerja SPSK secara terperinci oleh Pengurus Kualiti Sekolah dan Pengurus Kualiti Daerah.

3. Diharapkan kursus 2 hari di Pusat Kecemerlangan PPDSB ini berjaya mencapai matlamatnya dan akan memudahkan sekolah melaksanakan SPSK.

Sampai jumpa lagi. Wassalam.
Baca lagi...

19 April 2012

SPSK Di Semua Sekolah Selangor?

Tuan Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah bin Mad Yunus dalam majlis pelancaran Sekolah Penyayang pada 10 April 2012 yang dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Selangor telah membuat 'kejutan' dengan mengisytiharkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di semua sekolah menengah dan rendah di negeri Selangor.

Komitmen JPNS perlu direalisasikan oleh sekolah dengan bimbingan dan pemantauan PPD...
Baca lagi...

09 March 2012

Contoh Menjawab Borang PK 03-1 (MB Pemantauan SPSK)

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera.

1. Maklum Balas dan Cadangan Penambahbaikan Pemantauan (PK 03-1) yang diserahkan kepada pihak sekolah selepas pemantauan dijalankan, hendaklah dibincang dan dijawab secara keputusan bersama/kolektif.

2. Sekolah diminta menjawab maklum balas tersebut secara jelas dan konkrit. Elakkan memberi maklum balas yang bersifat terlalu umum.


Baca lagi...

Pengurusan Borang PK 03-1 (Pemantauan SPSK)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
 1. Tujuan pemantauan dilakukan adalah untuk memastikan pelaksanaan program/aktiviti dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

 2. Pemantauan bukan sama sekali untuk sengaja mencari kesilapan atau kesalahan pihak lain. Sepatutnya pemantauan menjadikan organisasi yang dipantau bertambah yakin, bersemangat dan bersungguh-sungguh.


Baca lagi...

01 March 2012

Carta Alir Pemantauan SPSK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Semoga carta alir ini dapat membantu sekolah dalam pemantauan SPSK nanti.

CARTA ALIR PROSEDUR PEMANTAUAN SPSK
Wassalam....


Baca lagi...

Kandungan Folder PK 16: Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mungkin grafik ini dapat membantu sekolah melaksanakan prosedur kerja bagi PK 16: Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan dengan lebih berkesan.

Selamat berjaya..


Pengurusan PK 16: Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan


Baca lagi...

24 February 2012

SPSK - Pemantauan dan Bimbingan Siri 2/2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

JADUAL BIMBINGAN DAN PEMANTAUAN SIRI 2
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
DAERAH SABAK BERNAM

Pemantau : En. Japri bin Ismail – Pen. PPD Pengurusan Kualiti, PPDSB

Baca lagi...

Memahami Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan - Siri 3

Asslamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

 1. Membezakan antara Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan dapat membantu organisasi mengurus ISO dengan lebih cekap dan teratur.

 2. Tindakan Penambahbaikan merujuk kepada proses kerja yang sedia ada dilaksanakan mengikut ketetapan dokumen tetapi di perbaiki dari semasa ke semasa sesuai dengan peredaran semasa dan keperluan organisasi. 

3. Kesannya aktiviti-aktiviti organisasi sentiasa berubah dari keadaan sedia ada yang baik kepada yang lebih baik.

 4. Ingat! Patuhi prosedur kawalan rekod kualiti dalam melaksanakan tindakan ini agar dapat dibuktikan nanti. 

Wassalam.
Baca lagi...