SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

04 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t...

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga pendidikan daerah Sabak Bernam... Maaf zahir dan batin...

Design oleh : SITI NORHANIDA BINTI HAIRUDIN PELATIH PRAKTIKUM POLITEKNIK SEBERANG PERAI


Baca lagi...

Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam di Bangunan Sementara

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam akan berpindah dari pejabat lama di SK Seri Makmur Sungai Besar ke bangunan sementara di Jalan Torkington Sabak Bernam.

Proses perpindahan sedang berjalan secara beransur-ansur dan operasi Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam akan bermula sepenuhnya di bangunan sementara tersebut pada 19 Ogos 2013.

Harap maklum. Terima kasih.

Baca lagi...

Pelaksanaan Audit Dalam PPD Sabak Bernam Tahun 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Mulai bulan Mei sehingga bulan Julai 2013, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam terlalu sibuk dengan pelbagai program termasuk juga proses audit dalam yang menjadi suatu kewajipan dalam sistem pengurusan berkualiti ISO.

2. Pada 2 dan 3 Mei 2013, pelaksanaan audit dalam bagi dokumen kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan PPD Selangor telah dijalankan.

Baca lagi...

06 March 2013

Isi Kandungan SPSK Keluaran 3 (Baharu)


Skrin syot Kandungan SPSK Keluaran Baharu 2013

Baca lagi...

04 March 2013

Dokumen Kualiti SPSK Keluaran 3 (Baru)

Dokumen SPSK Baru Mulai 1 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Jawatankuasa Teknikal JPNS telah menyiapkan dokumen kualiti SPSK yang baharu dan siap sedia untuk digunakan mulai 1 Mac 2013, iaitu keluaran nombor 3.

2. Ini bermakna dokumen kualiti yang beredar dalam sistem di sekolah telah digolongkan sebagai 'dokumen usang'. Mengikut prinsip kualiti, dokumen dan borang-borang yang digunakan mestilah kemaskini dan dokumen semasa.

Baca lagi...

02 March 2013

Informasi Tentang Amalan Persekitaran 5S



Baca lagi...

26 February 2013

Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan

ADA yang bertanya kepada saya jika kreativiti dan inovasi penting dalam pendidikan, mengapa ia tidak dijadikan sebagai mata pelajaran dan kurikulumnya diajar dalam bilik darjah.
Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre.

Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid.

Baca lagi...

Faedah Amalan Persekitaran 5S

Faedah Amalan Persekitaran 5S

Baca lagi...

20 February 2013

Status Pengisian SKPM Sekolah Menengah Tahun 2012 (Bhgn. 2)

A. Status pengisian portal SKPM 2010 bagi sekolah menengah pada 20.2.2013.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Baca lagi...

04 February 2013

Penambahbaikan SPSK


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Kualiti mementingkan penambahbaikan berterusan berdasarkan keperluan dan kehendak semasa.

2. Bagi memastikan SPSK tetap relevan dan menjadi tunjang kecemerlangan sekolah, dokumen kualiti SPSK perlu dinilai semula untuk mencari ruang bagi membuat penambahbaikan.

3. Pihak Jabatan Pelajaran Selangor mengambil inisiatif membuka ruang kepada petugas kualiti di JPNS, PPD dan sekolah menyumbangkan idea bagi menambahbaik dokumen kualiti SPSK itu sendiri.

Baca lagi...