SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

30 September 2014

Pindaan Tarikh Majlis Anugerah Kualiti PPDSB

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mesyuarat Pengurusan PPD Sabak Bernam Bil 9/2014 telah memutuskan bahawa tarikh Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2014 dipinda dari 18 Oktober 2014 (Sabtu) kepada 30 Oktober 2014 (Khamis).

Sekian dimaklumkan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Baca lagi...

Sekitar Audit Pemantauan SIRIM

Dr. Montaj Mustakim Juru Audit SIRIM Sedang Menyampaikan Taklimat
Kepada Warga PPDSB - 24.9.2014, 10.00 pagi

Baca lagi...

12 September 2014

Audit Pemantauan SIRIM Di PPD Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusa Kualiti MS ISO di PPD Sabak Bernam akan diaudit oleh pihak SIRIM QAS mengikut ketetapan berikut:

Tarikh     : 24 dan 25 September 2014
Hari         : Rabu dan Khamis

Semua proses kerja bagi dokumen kualiti JPNS-PPD Selangor akan diaudit bagi memastikan ia diikuti seperti yang ditetapkan.

Pihak juru audit boleh membuat semak silang (cross check) ke sekolah sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan kepastian terhadap pelaksanaan proses kerja.

Untuk itu, sekolah diminta mengemaskini fail/rekod semasa berurusan dengan PPDSB. Antaranya ialah :
a) Pengurusan Sekolah
b) Pemantauan
c) Pengurusan Data
d) Kawalan Keselamatan
e) Pembersihan Kawasan dan Bangunan

Sekian dimaklumkan.


Baca lagi...

22 August 2014

Hari Berkabung Negara


Baca lagi...

20 August 2014

Sambutan 3 Dalam 1 PPD Sabak Bernam

Hari ini PPD Sabak Bernam berjaya melaksanakan acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57, Sambutan Kelab Guru Muda 1Malaysia (GM1M) dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Perasmian telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Hj. Noh bin Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Tuan Budiman Zohdi ADUN Kawasan Suangai Panjang dan YB Kamarul Zaki ADUN Kawasan Sungai Air Tawar, Setiausaha Sulit Kanan YB Dato' Hjh. Noriah Kasnon, Ketua-ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar sekolah Daerah Sabak Bernam dan guru-guru.
YB DS Noh Omar Melawat Tapak Gerai Sambil Beramah Mesra Bersama Tetamu

Baca lagi...

19 August 2014

Kemerdekaan Ke-57

Logo Hari Kemerdekaan Ke-57


Baca lagi...

12 August 2014

Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2014

Cadangan Pelaksanaan Majlis Anugerfah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2014

1. Tarikh : 18 OKTOBER 2014 (Sabtu)
2. Tempat : Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
3. Perasmi : YB Dato' Hjh. Noriah bt Kasnon
4. Anugerah yang dipertandingkan**:

Baca lagi...

04 July 2014

Program Melonjakkan Sekolah Band 3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah diamanahkan untuk menyusun strategi bagi meningkatkan bilangan sekolah dalam Band 1 dan Band 2 di seluruh Malaysia pada tahun ini dengan sasaran (KPI) yang tertentu.

2. Untuk merealisasikan perkara tersebut, semua JPN Negeri diminta menyenaraikan sekolah-sekolah dalam Band 3 (berdasarkan SKPM tahun 2013) yang boleh dilonjakkan bagi mencapai Band 2 atau sebaik-baiknya ke Band 1.


Baca lagi...

04 June 2014

Penilaian Kendiri SPSK: Tindakan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Berikut adalah garis panduan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan Penilaian Kendiri SPSK seperti yang telah dimaklumkan di sini.
1. Muat turun surat pemakluman / arahan melaksanakan Penilaian Kendiri dari JPNS dan failkan.
2. Muat turun 'softcopy' Instrumen Penilaian Kendiri (JPS.SJK SPSK02) dan padamkan semua maklumat yang telah sedia terisi pada sel yang berwarna kuning pada helaian/sheet 'PENILAIAN SPSK 2014'.

Baca lagi...

27 May 2014

Penilaian Kendiri SPSK Tahun 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sudah beberapa lama blog ini tidak dikemaskini memandangkan kesibukan tugas terutamanya menjelang Audit Dalam Dokumen Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan juga Dokumen Kualiti JPN Selangor yang berlaku secara serentak.

2. Audit Dalam MS ISO 9001:2008 yang berlangsung pada 28 hingga 30 April lalu telah berjalan dengan jayanya dan insyaAllah pengurusan pendidikan di PPD Sabak Bernam masih berada dalam standard antarabangsa seperti yang ditetapkan.

Baca lagi...