SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

30 January 2013

Status Pengisian SKPM Sekolah Menengah Tahun 2012

Apakah status pengisian portal SKPM 2003 dan SKPM 2010 sekolah anda??



Baca lagi...

18 January 2013

Kaedah Pemantauan SPSK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Artikel kali ini adalah berkaitan dengan kaedah pemantauan yang akan dijalankan ke sekolah-sekolah SPSK bagi kali pertama, yang melibatkan 12 buah sekolah mulai 21 Januari ini.

2. Pemantauan biasanya dijalankan dalam 3 kaedah, iaitu:

  • Semakan dokumen
  • Soal jawab
  • Pemerhatian

3. Matlamat pemantauan kali ini adalah untuk membuat pengesahan/verifikasi terhadap maklumat yang diperoleh melalui Borang Pemantauan Kendiri yang telah diedarkan pada November 2012, melalui Borang Pemantauan SPSK/PPDSB/Kendiri_01.

4. Oleh yang demikian, sekolah diminta menyediakan dokumen/eviden bagi semua item/aktiviti yang terkandung dalam instrumen pemantauan SPSK/PPDSB/Kendiri_01.

Sekian untuk kali ini dan jumpa lagi.

Baca lagi...

16 January 2013

Kemahiran, Kualiti Guru Dipertingkat

Kuala Lumpur: Mulai tahun depan, program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan tumpuan kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa.
Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan pembangunan kerjaya.

Baca lagi...

11 January 2013

Pemantauan SPSK Kali Pertama Tahun 2013

JADUAL BIMBINGAN DAN PEMANTAUAN KALI PERTAMA
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
DAERAH SABAK BERNAM

Pegawai Pemantau :
1.          En. Japri bin Ismail – Pen. PPD Pengurusan Kualiti, PPDSB

BIL
TARIKH 
SEKOLAH / MASA
SKOP PEMANTAUAN
1
21.1.2013
SK Seri Bahagia
1.     Seksyen 4 : Sistem Pengurusan Kualiti
2.     Seksyen 5 : Tanggungjawab Pengurusan
3.     Seksyen 6 : Pengurusan Sumber

2
21.1.2013
SK Tok Khalifah
3
22.1.2013
SK Simpang 4, BNO
4
22.1.2013
SK Kampong Banting
5
25.1.2013
SK Seri Mawar
6
30.1.2013
SJKT Ladang Sungai Bernam
7
29.1.2013
SK Khir Johari
8
29.1.2013
SJKC Hai Ping


BIL
TARIKH 
SEKOLAH / MASA
SKOP PEMANTAUAN
1
23.1.2013
SMK Dato’ Mustaffa
1.     Seksyen 4 : Sistem Pengurusan Kualiti
2.     Seksyen 5 : Tanggungjawab Pengurusan
3.     Seksyen 6 : Pengurusan Sumber

2
23.1.2013
SMK Yoke Kuan
3
30.1.2013
SAM Parit Baru
4
31.1.2013
SAM Muhammadiah

Nota:
1.      Pemantauan berpandukan Instrumen Pemantauan yang disediakan (SPSK/PPDSB/Kendiri_01)
2.      Tuan/puan diminta melengkapkan instrumen pemantauan tersebut dengan menyediakan bahan-bahan bukti/evidens bagi setiap perkara/item di suatu tempat yang ditentukan.
3.      Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
4.   Wakil Pengurusan (GPK 1), Pengurus Kualiti, Setiausaha Pasukan Petugas Kualiti dan guru berkenaan hendaklah berada bersama-sama semasa pemantauan dijalankan. Jika guru berkenaan ada P&P pada masa pemantauan, jadual ganti hendaklah disediakan.

Baca lagi...

Komunikasi Berkesan SPSK Berjaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Mesyuarat : Membuat Keputusan
1. Seperti yang semua sedia maklum bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada komunikasi yang berkesan dalam organisasi itu sendiri. Maklumat-maklumat terkini perlu disampaikan kepada semua warga organisasi secara jelas dan memberi maklumbalas yang bersesuaian dengan maklumat yang diterima.

2. Sistem Pengurusan Kualiti menitikberatkan kaedah yang digunakan dalam penyampaian maklumat kepada warga kerja secara cepat dan tepat.


Baca lagi...

09 January 2013

Kelebihan Pengurusan Berkualiti


1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku;
2. Kajian semula yang berterusan ke atas prosesproses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;
3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati “prinsip betul pertama kali dan setiap kali”;
4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan; dan
5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.


Baca lagi...

26 December 2012

Status Pengisian Portal SKPM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Terlebih dahulu penulis mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada warga pendidikan daerah Sabak Bernam yang meraikannya.

2. Terima kasih kepada semua Guru Besar yang telah melengkapkan pengisian PKS SKPM 2003 dan SKPM 2010 melalui kedua-dua portal yang disediakan oleh JNJK mengikut masa yang ditetapkan.

3. Untuk pengetahuan, kedua-dua portal telah sempurna diisi dan diperakukan oleh Guru Besar pada 25.12.2012.


Baca lagi...

07 November 2012

Keputusan Mesyuarat JK SPSK Daerah 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Mesyuarat JK SPSK Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 6 November 2012 di Bilik Mesyuarat UPK, PPDSB dan telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah.

2. Mesyuarat yang diadakan bertujuan memastikan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dapat diaplikasikan oleh semua sekolah daerah pada tahun 2013.

3. Terima kasih atas sumbangan idea dari kalangan ahli mesyuarat yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap SPSK.

Baca lagi...

01 November 2012

Tanggungjawab dan Pelaksanaan SPSK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Gambaran hubungan antara pelaksanaan SPSK dan tanggungjawab di pihak JPNS, PPD dan sekolah.

Langkah pelaksanaan SPSK dan tanggungjawab.

LANGKAH PELAKSANAAN
TANGGUNG JAWAB
JPNS
PPD
SEKOLAH
Membina komitmen pengurusan atasan
Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan


Memberi latihan kemahiran kepada Pasukan Pelaksana
Menjalankan analisis jurang


Menyediakan dokumen-dokumen MS ISO 9001:2008


Melatih kakitangan melaksanakan prosedur yang didokumenkan
Melaksanakan MS ISO 9001:2008


Pengiktirafan dan Pensijilan


Baca lagi...

31 October 2012

Langkah-langkah pelaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Secara ringkas langkah pelaksanaan ISO 9000 dalam perkhidmatan awam.....

a. Membina komitmen pengurusan atasan.
b. Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan.
c. Memberi latihan kemahiran kepada Pasukan Pelaksana
d. Menjalankan analisis jurang.
e. Menyediakan dokumen-dokumen MS ISO 9001:2008
f.  Melatih kakitangan melaksanakan prosedur yang didokumenkan.
g. Melaksanakan MS ISO 9001:2008.
h. Pengiktirafan dan Pensijilan.

Sekian dan jumpa lagi..

Baca lagi...