SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

11 July 2011

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) PPDSB Tahun 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1. Proses pelaksanaan ISO yang mempunyai kitaran lengkap bagi satu-satu tahun semasa hendaklah mempunyai Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) bagi menilai semula pencapaian, kekangan, kekuatan, kelemahan, prosedur, cabaran dan seumpamanya bagi mengukur pencapaian Sistem Pengurusan Kualiti di organisasi itu.

2. MKSP hendaklah dianggotai oleh ahli organisasi yang telah ditetapkan oleh pengurusan tertinggi.

3. Ahli-ahli MKSP hendaklah memberikan sumbangan idea, kritikan membina dan cadangan-cadangan penambahbaikan bagi memperkasa SPK pada masa akan datang.



4. PPD Sabak Bernam akan mengadakan Mesyuarat Kajian Semula (MKSP) bagi Sistem Pengurusan Kualiti pada 11 dan 12 Julai ini di Coral Fishing Resort, Teluk Batik.

5. Seramai 23 orang ahli mesyuarat akan membahaskan laporan-laporan yang akan dibentangkan sepanjang pelaksanaan SPK tahun ini. Pada akhir mesyuarat, cadangan-cadangan penambahbaikan SPK akan dikenalpasti untuk dilaksanakan sebaik-baik sahaja MKSP melabuhkan tirainya.

6. Antara agenda yang terdapat dalam MKSP ialah:
a) Laporan Dapatan Audit Dalam
b) Laporan Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
c) Laporan Prestasi Penyampaian Perkhidmatan
d) Laporan Aduan dan Maklum Balas Pelanggan
e) Laporan Pencapaian Analisis Objektif Kualiti
f) Cadangan-cadangan penambahbaikan SPK

7. Tindakan segera haruslah diambil oleh organisaasi bagi memastikan pelaksanaan SPK dapat diteruskan sebelum Audit Pihak Ketiga iaitu oleh SIRIM QAS dijalankan diorganisasi.

8. Semoga MKSP dapat dijalankan dengan lancar dan memberi impak terhadap kelangsungan pelaksanaan SPK di PPD Sabak Bernam.

Sekian, selamat bermesyuarat dan jumpa lagi.