SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

18 July 2011

Tutorial 2: Strategi Pelaksanaan PK 03 Pengurusan P & P

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Persoalan yang sering ditanya berkaitan pelaksanaan SPSK di sekolah ialah "Bagaimana hendak melaksanakan proses kerja dalam SPSK ini?" "Adakah saya perlu menyediakan rekod lain?"

2. Saya cuba menjelaskan pelaksanaan SPSK di sekolah dengan mengambil contoh PK 03 Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, proses kerja yang wajib dilaksanakan oleh semua guru di sekolah.

3. Saya andaikan cikgu-cikgu telah menerima dan membaca PK 03 Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran yang menjadi panduan kepada cikgu dalam melaksanakan SPSK ini. Sila rujuk perkara 5 : Tanggungjawab dan Tindakan.

4. Semua guru telah dibekalkan dengan Buku Persediaan Mengajar bukan? Guru juga mempunyai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata-mata pelajaran yang diajar beserta jadual waktu yang disediakan oleh pengurusan sekolah. Guru juga menerima senarai nama murid bagi kelas-kelas yang diajar bukan?

5. Saya percaya cikgu-cikgu telah mengemaskini Buku Persediaan Mengajar dengan menulis/menampal bahan-bahan di atas pada buku tersebut yang biasanya disiapkan pada bulan Februari atau Mac setiap tahun.

6. Jika begitu, cikgu-cikgu telah melaksanakan sebahagian daripada PK 03 iaitu perkara 5.1.1, tanpa apa-apa tambahan kerja.Bagi perkara 5.1.2, ini adalah tugas rutin cikgu-cikgu setiap hari iaitu Rancangan Pelajaran Harian mengikut format yang telah ditetapkan sebelum masuk mengajar. Setakat ini, SPSK tidak melibatkan pertambahan kerja cikgu-cikgu.

7. Seterusnya perkara 5.2.1 atau 5.2.2, semasa di dalam kelas/bilik khas perkara tersebut juga dilaksanakan oleh guru. Selain mengajar seperti yang direkodkan dalam Buku Persediaan Mengajar, cikgu juga merekodkan kehadiran murid dalam Buku Kawalan Kelas bukan? Jika Buku Kawalan Kelas tiada disediakan, pihak sekolah hendaklah menyediakan buku tersebut sebagai satu kaedah memastikan murid berada dalam kelas sepanjang masa. Jika ada menggunakan bahan P & P, catatkan penggunaannya dalam buku rekod penggunaan bahan yang disediakan.

8. Proses terakhir ialah menyemak latihan dan tugasan yang diberikan kepada murid pada akhir pengajaran tadi. Semakan boleh dibuat pada akhir pengajaran (jika bersesuaian) atau pada hari yang lain. Yang penting, tugasan yang diberi kepada murid disemak oleh guru.

9. Jika diperhatikan, tiada apa pertambahan tugas guru bagi PK 03 ini. Bukti rekod pelaksanaan PK ini ialah Buku Persediaan Mengajar sentiasa dikemaskini, Buku Kawalan Kelas dilengkapkan setiap kali guru masuk ke kelas, catatkan penggunaan bahan pada Buku Rekod Penggunaan Bahan (jika perlu) dan semak buku latihan murid.

10. Demikianlah bagaimana PK 03 Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran dilaksanakan mengikut kehendak SPSK dan begitu juga pelaksanaan PK-PK yang lain. Jadikan perkara 5:Tanggungjawab dan Tindakan sebagai garis panduan.

Terima kasih. Selamat maju jaya.