SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

25 July 2011

Pemegang Dokumen Kualiti

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Antara tugas Pengurus Kawalan Dokumen ialah menentukan pemegang dokumen kualiti di sekolah dan seterusnya mencetak dokumen tersebut untuk diberikan kepada guru berkenaan dengan merujuk kepada Prosedur Kualiti (PK) 13 : Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti.

2. Bagaimana hendak menentukan guru atau kakitangan yang menerima dokumen kualiti tersebut? Baiklah, sebenarnya pemegang dokumen kualiti di sekolah adalah berdasarkan proses kerja yang terdapat dalam dokumen kualiti itu sendiri.

3. Berikut adalah cadangan senarai guru/kakitangan pemegang dokumen kualiti di sekolah (minima).
a) PK 01: PENGURUSAN PANITIA
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Setiausaha Panitia.
b) PK 02: PENGURUSAN JADUAL WAKTU
Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah
c) PK 02: PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN MENGAJARAN
Semua guru sekolah.
d) PK 04: PENGURUSAN PENCERAPAN
Pengetua / Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Guru yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pencerapan.
e) PK 05: PENGURUSAN PEPERIKSAAN
Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Peperiksaan
f) PK 06: PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID
Pengetua / Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
g) PK 07: PENGURUSAN MESYUARAT
Semua Pengerusi dan Setiausaha bagi mesyuarat yang utama di sekolah.
h) PK 08: PENGURUSAN BIMBINGAN
Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling
i) PK 09: PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
j) PK 10: PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF
Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Perkembangan Staf Sekolah (LADAP)
k) PK 11: PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
l) PK 12: PENGURUSAN PEROLEHAN
Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah
m) PK 13: PENGURUSAN KAWALAN DOKUMEN DAN REKOD KUALITI
Sesiapa yang ditentukan oleh Pihak Sekolah.
n) PK 14: PENGURUSAN AUDIT DALAMAN
Sesiapa yang ditentukan oleh pihak sekolah
o) PK 15: PENGURUSAN KAWALAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK AKUR
Semua warga sekolah
p) PK 16: TINDAKAN PEMBETULAN, PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Ketua Juru Audit Dalam (Ditentukan oleh pihak sekolah)

4. Pengurus Kawalan Dokumen hendaklah memperbanyakkan dokumen mengikut senarai tersebut dan pastikan Prosedur Kawalan Dokumen dipatuhi dan dilaksanakan.

5. Setelah memperoleh dokumen kualiti, pastikan guru membaca dan memahami pelaksanaan peranan masing-masing dengan menjadikan perkara 5:Tanggungjawab dan Tindakan dalam dokumen tersebut sebagai rujukan.

Sekian. Salam hormat.