SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

27 January 2011

Maklumkan Pelaksanaan SPSK Dalam Perhimpunan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

1. Semua pihak di sekolah hendaklah diberitahu tentang pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di sekolah meliputi guru-guru, kakitangan, murid dan pekerja swasta.

2. Salah satu medium untuk menyampaikan pemberitahuan ini kepada warga sekolah ialah melalui pengumuman dan penerangan dalam perhimpunan sekolah. Pemakluman ini hendaklah sentiasa dilakukan supaya warga sekolah sentiasa "terasa" akan SPSK ini.

3. Selain itu, terpulang kepada kreativiti dan kemampuan pengurusan sekolah untuk menyebarluaskan pelaksanaan SPSK di sekolah kepada warga sekolah dan masyarakat sekeliling.

Semoga berjaya...

Baca lagi...

23 January 2011

Penstrukturan Semula Sekolah SPSK Daerah Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t

1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) daerah Sabak Bernam yang melibatkan empat buah sekolah telah mengalami sedikit perubahan terhadap sekolah-sekolah yang terlibat.

2. Ini adalah disebabkan oleh pergerakan Guru Besar dan Pengetua yang telah mengikuti Kursus Pendedahan SPSK yang telah diadakan di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands bulan Disember 2010 lalu.

3. Pihak Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor memaklumkan bahawa Guru Besar atau Pengetua yang telah mengikuti kursus SPSK hendaklah melaksanakan SPSK di sekolah baharu di mana Guru Besar atau Pengetua itu ditempatkan (jika di dalam daerah).

4. Ini bermakna sekolah yang melaksanakan SPSK di daerah Sabak Bernam adalah seperti berikut:
     a) SMK Bagan Terap (kekal)
     b) SMK Seri Bedena (baharu) - Pengetua: En. Hamid bin Hassan (Bekas Pengetua SMK Dato' Mustaffa)
     c) SK Batu 38 (baharu) - Guru Besar: En. Dzulkifli bin Jamhari (Bekas Guru Besar SK Simpang Lima)
     d) SK Bagan Terap (baharu) - Guru Besar: En. Megat Fauzi bin Ibrahim (Bekas Guru Besar Sapintas)

5. Walaupun terdapat perubahan sekolah SPSK, diharapkan ia dapat dilaksanakan sebaiknya dengan kerjasama dan komitmen Pengetua/Guru Besar serta penglibatan seluruh warga sekolah.

Selamat maju jaya.
Baca lagi...

02 January 2011

Sijil Penyertaan Kursus Pendedahan SPSK

Assalamualaikum w.b.t

Wakil sekolah SPSK daerah Sabak Bernam boleh menuntut sijil penyertaan Kursus Pengurusan Sekolah Kualiti di Unit Pengurusan Kualiti PPD Sabak Bernam mulai 3 Januari 2011.

Tahniah dan syabas.

Baca lagi...