SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

27 February 2014

Pengisian Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah daerah Sabak Bernam bagi tempoh 2014-2016 akan dijalankan pada 2 dan 3 Mac 2014 di Marina Cove Resort, Lumut melibatkan Pengetua dan Guru Besar sekolah.

2. Pemimpin sekolah akan dibimbing oleh En. Mohd Khaidir bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor serta dibantu oleh Ketua-ketua Unit PPDSB dalam menghasilkan Perancangan Strategik yang lengkap agar seiring dengan perancangan JPN dan PPDSB.

Baca lagi...

17 February 2014

Taklimat dan Bengkel Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas penangguhan bengkel sama yang sepatutnya diadakan pada 17.12.2013 - Rujuk di sini.

2. Namun, PPD Sabak Bernam tetap berusaha agar bengkel tersebut dapat diadakan supaya pihak sekolah dapat merangka perancangan secara bersistematik bagi memajukan sekolah.

Baca lagi...

Jelajah SPSK 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) masih diteruskan di semua sekolah di negeri Selangor, berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Selangor melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan tahun 2013 yang lalu.

Baca lagi...