SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

31 October 2012

Langkah-langkah pelaksanaan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Secara ringkas langkah pelaksanaan ISO 9000 dalam perkhidmatan awam.....

a. Membina komitmen pengurusan atasan.
b. Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan.
c. Memberi latihan kemahiran kepada Pasukan Pelaksana
d. Menjalankan analisis jurang.
e. Menyediakan dokumen-dokumen MS ISO 9001:2008
f.  Melatih kakitangan melaksanakan prosedur yang didokumenkan.
g. Melaksanakan MS ISO 9001:2008.
h. Pengiktirafan dan Pensijilan.

Sekian dan jumpa lagi..

Baca lagi...

29 October 2012

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 6

1. Item C (1) Taklimat pelaksanaan SPSK kepada warga sekolah - Bagi memastikan semua warga sekolah (guru dan AKS) memahami dengan jelas SPSK dan perjalanannya di sekolah, suatu bentuk latihan perlu diberikan kepada mereka. Asas, objektif dan rasional SPSK perlu didedahkan kepada semua pihak agar SPSK yang dijalankan difahami dan dihayati oleh warga organisasi.

2. Item C (2) Memaklumkan amalan SPSK kepada pelanggan - SPSK yang diamalkan perlu disebar luas kepada warga sekolah dan pelanggan luaran. Pemakluman kepada pelanggan boleh dibuat melalui mesyuarat, banner, bahan-bahan bercetak, laman web sekolah dan sebagainya.

Baca lagi...

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 5

1. Item B (1) Mewujudkan / Melantik ahli Pasukan Petugas Kualiti Sekolah (PPK) - Sekolah perlu melantik Pasukan Petugas Kualiti (PPK) yang terdiri daripada guru dan kakitangan sokongan sekolah untuk merancang, memantau dan menilai pelaksanaan SPSK di sekolah. Pasukan Petugas Kualiti berperanan besar dalam menentukan hala tuju SPSK sekolah.

2. Item B (2) Mengadakan Mesyuarat Pasukan Petugas Kualiti - Untuk menjayakan peranannya dalam memastikan SPSK dijalankan di sekolah, Pasukan Petugas Kualiti perlulah bermesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Mesyuarat yang berkualiti perlu diadakan bagi mengenalpasti sebarang kekurangan, kelebihan dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.

Baca lagi...

23 October 2012

Perincian Instrumen Pemantauan Kendiri SPSK - Seksyen 4

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Pengetua dan Guru Besar serta wakil sekolah yang turut serta memeriahkan Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB 2012 yang lalu.

2. Tahniah kepada semua sekolah yang telah menerima anugerah masing-masing dan diharap dapat meneruskan kecemerlangan dan kejayaan ini pada masa yang akan datang. Kepada sekolah yang telah mencuba tetapi tidak berjaya, diharap tidak berputus asa dan cuba lagi pada tahun depan.


Baca lagi...

Pelancaran SPSK Daerah Sabak Bernam


Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) daerah Sabak Bernam telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Selangor yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Pelancaran SPSK dibuat bersekali dengan perasmian Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2012 pada 20 Oktober 2012 di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

Tahniah dan semoga SPSK memacu kecemerlangan sekolah.....


Baca lagi...

16 October 2012

Mesyuarat Pasukan Petugas Kualiti Sekolah - Akhir Tahun

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Terima kasih kepada pengurusan sekolah SPSK Fasa 1 dan Fasa 2 yang telah memberi kerjasama yang sungguh memuaskan semasa sesi bimbingan dan pemantauan yang lalu. Sesungguhnya sesi bimbingan dan pemantauan amat diperlukan sebagai suatu kaedah pemastian terhadap pematuhan proses kerja yang ditetapkan.

2. Sepanjang melaksanakan SPSK ini, ada kemungkinan terdapat isu-isu yang ditimbulkan oleh guru atau kakitangan sokongan. Jangan panik dengan isu yang dikemukakan kerana sebenarnya ia adalah proses yang amat diperlukan bagi menambahbaik sistem yang diamalkan.

3. Semua isu yang ditimbulkan boleh dikemukakan untuk perhatian dan tindakan penambahbaikan oleh pihak JPNS selaku pemilik dokumen. Namun perlulah disalurkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Baca lagi...

15 October 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Taklimat kepada seluruh warga PPD Sabak Bernam pada 13 Oktober 2012 di Pusat Kecemerlangan PPDSB.
Tahniah dan selamat berjuang!!!

Tanggungjawab di bahu kita semua...



Baca lagi...