SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

30 December 2010

Logo Sekolah Kualiti Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t

Berikut adalah logo kualiti bagi sekolah-sekolah yang terpilih bagi melaksanakan SPSK mulai tahun 2011. Logo ini melambangkan pengiktirafan terhadap usaha mengamalkan sistem pengurusan di sekolah secara bersistem dan berkualiti.

Sekolah boleh menggunakan logo ini mulai tahun 2011















Selamat maju jaya.
Baca lagi...

25 December 2010

Membuka Fail Baharu

Assalamualaikum w.b.t

1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) mengutamakan aktivti merekod dan mendokumentasi semua proses kerja yang dilaksanakan.

2. Tujuan pendokumentasian adalah memudahkan urusan semakan oleh pihak juruaudit semasa proses audit dilaksanakan.

3. Oleh yang demikian, bagi melicinkan urusan surat-menyurat berkaitan SPSK ini, maka ada keperluan untuk membuka fail baharu yang berkaitan dengan SPSK ini.

4. Dengan adanya fail induk berkaitan SPSK, segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan dapat direkodkan sebaik mungkin.

5. Ingat! SPSK amat menekankan kepada pematuhan terhadap akta, pekeliling, surat pekeliling dan punca-punca kuasa yang sedang berkuatkuasa, di samping pematuhan terhadap dokumen kualiti itu sendiri.

Sekian untuk kali ini. Selamat maju jaya.
Baca lagi...

18 December 2010

Membuat Salinan Dokumen

Assalamualaikum w.b.t
1.Pada kali ini mari kita bincangkan tentang persediaan bagi melaksanakan SPSK mulai Januari 2011. Saya membuat andaian di sini bahawa semua warga sekolah telah terima maklum akan pelaksanaan SPSK di sekolah tuan/puan.

2.Tuan/puan WP (Wakil Pengurusan) hendaklah menyenaraikan nama guru dan kakitangan sokongan yang terlibat dalam semua proses kerja (PK) yang disenaraikan dalam Dokumen Kualiti, iaitu dari PK 01 hingga PK16. Kemudian buat salinan bagi semua guru dan kakitangan sokongan yang disenaraikan tadi.

3.Setiap salinan yang dibuat hendaklah dicap perkataan "SALINAN DOKUMEN TERKAWAL" pada kulit hadapan dokumen tersebut. Selain itu, setiap salinan dokumen juga hendaklah dinomborkan sebagai tanda pengenalan dan direkod dalam senarai pemegang dokumen. Ingat! Akuan terima dokumen hendaklah disediakan dan penerima dokumen perlu menurunkan tandatangan dan tarikh terima sebagai bukti posedur penyerahan dokumen telah dibuat secara teratur.

4.Pastikan semua pemegang dokumen memahami isi kandungan dokumen yang diberikan dan melaksanakan proses kerja mengikut prosedur yang telah digariskan.

Sekian untuk kali ini. Selamat berjaya!
Baca lagi...

15 December 2010

Fasa Pelaksanaan SPSK

Assalamualaikum w.b.t

1.Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti berasaskan ISO 9001:2008 yang dilaksanakan di sekolah akan melalui 3 peringkat yang utama. Setiap peringkat pelaksanaan akan mengambil tempoh masa yang tertentu, berbeza antara lokasi bergantung kepada "keserasian" antara WP dan semua anggota pelaksana yang lain.

2.Fasa 1 : Pengenalan Kepada SPSK
Tempoh masa bagi semua warga sekolah berkenalan dan memahami SPSK.
Fasa 2 : Pengisian SPSK
Tempoh masa organisasi melaksanakan SPSK dan membuat penambahbaikan.
Fasa 3 : Pembudayaan SPSK
Suatu tempoh semua warga sekolah telah mengamalkan dan menjadikan SPSK sebagai
rutin harian.

3.Pelaksanaan SPSK akan mengambil tempoh masa bagi memastikan ia mantap dan pastinya akan melalui rintangan dan cabaran yang tersendiri.

4.Insyaallah, SPSK dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah tuan/puan.

Semoga berjumpa lagi..
Baca lagi...

14 December 2010

Membentuk Pasukan Petugas Kualiti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

1.Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) yang dilaksanakan di sekolah mulai tahun 2011 seharusnya didokong dan melibatkan semua warga sekolah, Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, GKMP, Ketua-ketua Panitia, guru-guru dan kakitangan sokongan secara kolektif.

2.Setiap warga sekolah hendaklah sentiasa diberitahu akan pelaksanaan SPSK dan menjadikan Dokumen Kualiti yang dibekalkan sebagai garis panduan dalam melaksanakannya.

3.Kejayaan dan kelangsungan SPSK di sekolah bergantung kepada pasukan kerja yang mantap dan saling bekerjasama antara satu sama lain dengan pengawasan dan pemantauan Wakil Pengurusan (GPK1).

4.Oleh yang demikian, Pasukan Petugas Kualiti (PPK) di peringkat sekolah hendaklah diwujudkan. Senarai ahli Pasukan Petugas Kualiti Sekolah hendaklah seperti yang terdapat dalam Manual Kualiti. Guru-guru yang dilantik sebagai ahli PPK hendaklah seorang yang boleh memberi kerjasama yang baik dengan Wakil Pengurusan kerana mereka boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada SPSK ini.

5.PPK yang dibentuk haruslah faham bidang tugas masing-masing dan sentiasa berhubungan antara satu sama lain, berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

6.Carta Organisasi Pasukan Petugas Kualiti sekolah hendaklah dicetak dan disebarkan kepada warga sekolah.

7.Dengan ini,sekolah telah bersedia untuk melaksanakan SPSK.

Semoga berjaya!
Baca lagi...

09 December 2010

Langkah Permulaan SPSK

Assalamualaikum w.b.t

1.Pengetua dan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 SPSK daerah Sabak Bernam telah didedahkan mengenai SPSK secara jelas, terperinci dan telus semasa Taklimat Pendedahan SPSK di Hotel Rosa Passadena pada 29-1 Disember lalu.

2.Intipati kepada kejayaan pelaksanaan SPSK di sekolah ialah "komitmen pengurusan". Ini bermakna Pengetua/Guru Besar dan GPK Pentadbiran sekolah perlu mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan SPSK di sekolah.

3.Pengetua/Guru Besar dan GPK 1 seharusnya mempunyai pengetahuan luas tentang SPSK dan berupaya memberi arahan jelas kepada warga sekolah agar SPSK memberi impak seperti yang diharapkan.

4.Langkah pertama pelaksanaan SPSK ialah memberi pendedahan dan penjelasan kepada seluruh warga sekolah tentang pelaksanaan SPSK ini. Pastikan tiada seorang pun warga sekolah yang menunjukkan sikap kurang senang tentang SPSK ini. Ingatlah hasil akhir yang hendak dicapai ialah kecemerlangan sekolah!

5.Jika pendedahan dilakukan dalam Mesyuarat Guru Kali Pertama, pastikan Pngetua/Guru Besar dan GPK 1 menyampaikan perkara tersebut secara tegas tetapi penuh berhikmah. Catatkan dalam minit mesyuarat dan edarkan kepada semua guru.

6.Pastikan juga pelaksanaan SPSK dihebahkan secara berterusan dalam setiap mesyuarat, perhimpunan, perjumpaan dan sebagainya.

7.SPSK hanya dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah jika semua warga sekolah di setiap peringkat memahami, menghayati dan berusaha melaksanakannya.

Jumpa lagi.
Baca lagi...

08 December 2010

Penyerahan Dokumen SPSK

Assalamualaikum w.b.t

1.Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Sulaiman bin Wak telah menyerahkan Dokumen Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti(SPSK) kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berkenaan pada 1 Disember 2010 di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands.

2.Sebanyak 40 buah sekolah (20 sekolah menengah dan 20 sekolah rendah)seluruh negeri Selangor terlibat sebagai sekolah rintis pelaksanaan SPSK mulai 1 Januari 2011.

3.Unit Pengurusan Kualiti PPD Negeri Selangor dipertanggungjawabkan sebagai pembimbing kepada sekolah-sekolah daerah masing-masing.

4.Tahniah kepada semua warga sekolah:
a) SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang
b) SMK Bagan Terap, Sungai Besar
c) SK Simpang Lima, Sungai Besar
d) SK Sapintas, Sabak Bernam

"Berusaha sedikit lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa"

Semoga maju jaya.
Guru Besar SK Sapintas

Pengetua SMK Dato' Mustaffa

Guru Besar SK Simpang Lima

Pengetua SMK Bagan Terap

Baca lagi...

Salam Kualiti

Assalamualaikum w.b.t

1.Blog ini diwujudkan bertujuan menjadi tempat berkongsi maklumat, pengalaman dan bertukar-tukar pendapat dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan ISO 9001:2008 di sekolah-sekolah yang terpilih terutamanya di daerah Sabak Bernam.

2.Diharapkan semua sekolah pelaksana ISO di daerah Sabak Bernam dapat menggunakan blog ini dengan sebaik mungkin bagi memantapkan pelaksanaan SPK di sekolah.

3.Tahniah kerana sekolah tuan/puan terpilih dalam program ini.

Semoga maju jaya.
Baca lagi...