SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

26 September 2011

Senarai Juru Audit Dalam SPSK Tahun 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Berikut disenaraikan Juru Audit yang akan membuat semakan dokumen di sekolah-sekolah kualiti daerah Sabak Bernam pada 3 & 5 Oktober 2011 bagi sekolah rendah dan pada 19 & 20 Oktober bagi sekolah menengah.

1.     Tn. Haji Mokhtar bin Manijo – Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (Ketua Juru Audit)
2.     En. Mohd Jaluli bin Haji Yahaya – Ketua Unit Pengurusan Akademik (Pen. Ketua juru Audit)
3.     Tn. Haji Ismail bin Sajat – Ketua Unit Pengurusan Sekolah
4.     Tn. Haji Azman bin Mashuri – Pen. PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid
5.     En. Japri bin Ismail – Pen. PPD Pengurusan Kualiti
6.     Pn. Zakiah binti Mat Rabee – Pen. PPD Prasekolah
7.     En. Mohd Zakiyuddin bin Abdul Hamid – Pen. PPD ICT
8.     Tn. Haji Mustafa Kamal bin Adam – Kaunselor Organisasi
9.     En. Rozli bin Ahmad – Pen. PPD Bahasa Inggeris (M)
10.  Pn. Izzah binti Supeni – Pen. PPD Latihan
11. Pn. Shamsiah binti Ahmad Shariff – Ketua Pembantu Tadbir


Secara umumnya, bukti-bukti pelaksanaan semua Prosedur Kerja ( PK 01 hingga PK 16) akan disemak.


Sekian dimaklumkan.

Baca lagi...

Pindaan Tarikh Audit Dalam SPSK SK Bagan Terap dan SK Batu 38

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Makluman kepada SK Bagan Terap, Sungai Besar dan SK Batu 38, Sabak Bernam; tarikh Audit Dalam SPSK Tahun 2011 telah dipinda dari 28 & 29 September 2011 kepada 3 & 5 Oktober 2011 bertujuan bagi memberi keselesaan kepada sekolah membuat persediaan.

SK Bagan Terap : 3 Oktober 2011
SK Batu 38          : 5 Oktober 2011

Harap maklum. Terima kasih.

Baca lagi...

14 September 2011

Tentatif Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Seperti yang diketahui, proses Audit Dalaman dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan dan diakhiri dengan Mesyuarat Penutupan.

2. Mesyuarat Pembukaan yang dijalankan bertujuan memaklumkan kepada lokasi (sekolah kualiti) tentang prosedur audit dan menyelarasakan perjalanan audit mengikut kesesuaian lokasi dan juru audit. Mesyuarat Penutupan pula bertujuan memaklumkan dan merumuskan hasil dapatan audit yang telah dijalankan.


Baca lagi...

Persediaan Sekolah Menghadapi Audit Dalaman

1. Pada kali ini saya akan cuba menerangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sekolah kualiti bagi menghadapi proses Audit Dalaman. Ini bagi memudahkan pihak sekolah dan pihak juru audit dalam melaksanakan keperluan ISO ini.

2. Secara amnya, proses Audit terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
   a) Sebelum Proses Audit
   b) Semasa Proses Audit
   c) Selepas Proses Audit


3. Sebelum Proses Audit: Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
   a) Memaklumkan kepada semua warga sekolah. Tindakan : Wakil Pengurusan dan Pengurus Kualiti Sekolah.
   b) Memastikan semua dokumen dan rekod kualiti telah dikemaskini. Tindakan : Semua Guru
   c) Menyediakan buku atur cara / jadual audit. Tindakan : Pengurus Kualiti / Setiausaha Pasukan Petugas Kualiti
   d) Menyediakan tempat/bilik menjalankan mesyuarat bersama pasukan juru audit. Tindakan : Pengurus Kualiti / SU
   e) Menyediakan fail poket untuk kegunaan juru audit yang berisi borang SPSK PK 14/1 ( 1 salinan ), SPSK PK 14/2 (5 salinan), SPSK PK 14/3 (5 salinan), SPSK PK 14/4 (1 salinan) dan SPSK PK 14/5 (1 salinan) Tindakan : Pengurus Kualiti / SU

4. Semasa Proses Audit. Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
   a) Proses Audit dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan dan diakhiri dengan Mesyuarat Penutupan yang dihadiri oleh semua warga sekolah dan pasukan juru audit. Tindakan : Wakil Pengurusan / Pengurus Kualiti
      Walau bagaimanapun, pastikan juga murid sekolah berada dalam keadaan terkawal.
   b) Menyediakan tempat dan memberitahu kepada auditee (guru berkenaan) diaudit sama ada di bilik mesyuarat atau bilik khas. (Audit akan dijalankan serentak) Tindakan : WP / Pengurus Kualiti / SU
   c) Memberitahu kepada auditee agar berbincang dengan juru audit dan mencapai keputusan bersama. Tindakan : WP / Pengurus Kualiti

5. Selepas Audit. Sekolah Kualiti hendaklah bersedia dengan perkara-perkara berikut:
   a) Mengambil tindakan pembetulan dengan segera ke atas saranan penambahbaikan/ teguran juru audit. Tindakan : Pasukan Petugas Kualiti Sekolah
   b) Merancang dan melaksanakan tindakan pencegahan terhadap saranan penambahbaikan/ teguran juru audit supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. Tindakan : Pasukan Petugas Kualiti Sekolah

6. PPD Sabak Bernam berharap proses audit akan dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektifnya, insyaallah.

Semoga maju jaya.


Baca lagi...

13 September 2011

Audit Dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua murid Tahun 6 sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam. Insyaallah semua murid dapat menjawab dengan baik dan seterusnya memberi keputusan yang cemerlang kepada sekolah dan daerah. Tahniah kepada semua warga guru di sekolah yang bertungkus lumus menyediakan minda dan fizikal murid bagi menghadapi peperiksaan ini.

 2. Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti bagi sekolah-sekolah yang terlibat telah dirancang dan akan dilaksanakan mengikut jadual. Insyaallah pada 28 dan 29 September ini, pasukan Juru Audit Dalam Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam akan melaksanakan proses audit di SK Bagan Terap dan kemudiannya di SK Batu 38. Tujuan Audit Dalam ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana SPSK yang diamalkan dipatuhi dan dijalankan di sekolah dengan merujuk kepada dokumen dan rekod yang dihasilkan.

3. Surat mengenai perkara ini telah disampaikan kepada semua sekolah kualiti dan diharapkan sekolah dapat memaklumkan kepada semua warga sekolah dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 


 4. Catatan akan datang akan menghuraikan apakah tindakan pihak sekolah bagi menghadapi proses audit ini dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Oleh yang demikian, sekolah tidak perlu khuatir dengan kehadiran juru audit dalam ini kerana mereka datang ke sekolah untuk menghulurkan bantuan. 


 Sekian, selamat berjaya.
Baca lagi...

05 September 2011

Status Pensijilan MS ISO 9001:2008 JPNS/PPD Selangor

Assalamualaikum w.b.t, Selamat Hari Raya dan salam sejahtera.

1. Pada catatan yang lepas saya telah memaklumkan bahawa semasa proses audit pemantauan oleh pihak SIRIM QAS yang lalu, Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) PPD Sabak Bernam telah menerima 2 saranan penambahbaikan / OFI. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Wakil Pengurusan dan seluruh pegawai dan kakitangan PPDSB kerana tidak membuka ruang kepada juru audit SIRIM untuk menjumpai sebarang ketidakpatuhan / NCR.


2. Untuk pengetahuan semua, pihak SIRIM secara keseluruhannya telah menemukan 3 ketidakpatuhan / NCR dalam SPK JPNS/PPD Selangor. PPD Sepang, PPD Klang dan Jabatan Pelajaran Selangor masing-masing menyumbang 1 NCR dan beberapa saranan penambahbaikan / OFI.


3. Mengenai status pensijilan ISO, pihak SIRIM telah menetapkan tempoh masa sebulan mulai tarikh 26 Ogos 2011 bagi pihak JPN Selangor menjawab 3 NCR tersebut. Jika pihak SIRIM berpuashati dengan tindakan pembetulan, pencegahan dan kawalan yang diambil, dan NCR telah ditutup, maka JPNS dan PPD seluruh Selangor dapat meneruskan pengiktirafan ISO yang telah diberikan. 



4. Apa yang penting ialah Sistem Pengurusan Kualiti JPNS dan PPD Selangor berada pada kitaran yang betul, sempurna dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan dan disahkan oleh pihak SIRIM dan bertaraf antarabangsa.

Semoga SPK dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, jumpa lagi.



SIJIL PENGIKTIRAFAN DARI SIRIM QAS


Baca lagi...