SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

20 December 2014

Pengisian PKS SKPM 2003 dan 2010 Tahun 2014 Bagi SR

Dimaklumkan bahawa pengisan Portal NKRA (SKPM 2003) dan Portal eNazir (SKPM 2010) bagi semua sekolah rendah bermula pada 1 November 2014 dan berakhir pada 28 Disember 2014.

Semua Guru Besar diminta melengkapkan kedua-dua portal tersebut seawal yang mungkin bagi mengelakkan kesesakan talian yang biasanya berlaku beberapa hari sebelum tarikh akhir pengisian.

Terima kasih.

Baca lagi...

27 November 2014

Mesyuarat Pengurusan Pengetua dan Guru Besar 2014

Tarikh  : 27 dan 28 November 2014
Tempat : Sabak Bernam Mini Convention Centre (SBBC)
Masa  : 27.11.2014 - 8.30 pagi hingga 5.00 petang
             28.11.2014 - 8.30 hingga 12.30 tengah hari
Pakaian : Rasmi penjawat awam / kemas dan sopan

Selamat Bermesyuarat

Bahan Pembentangan Unit Kualiti sila klik DI SINI

Baca lagi...

Pengarah JPN Selangor Yang Baharu


Baca lagi...

03 November 2014

Pengisian Skor PKS SKPM Tahun 2014

Tarikh Pengisian Skor SKPM v. 2003 dan v. 2010 Tahun 2014

Sekolah Rendah : 1 November 2014 hingga 28 Disember 2014

Sekolah Menengah : 1 Mac 2015 hingga 12 April 2015

Portal PKS SKPM v.2003 di SINI

Portal PKS SKPM v.2010 di SINI

Baca lagi...

30 September 2014

Pindaan Tarikh Majlis Anugerah Kualiti PPDSB

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mesyuarat Pengurusan PPD Sabak Bernam Bil 9/2014 telah memutuskan bahawa tarikh Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2014 dipinda dari 18 Oktober 2014 (Sabtu) kepada 30 Oktober 2014 (Khamis).

Sekian dimaklumkan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Baca lagi...

Sekitar Audit Pemantauan SIRIM

Dr. Montaj Mustakim Juru Audit SIRIM Sedang Menyampaikan Taklimat
Kepada Warga PPDSB - 24.9.2014, 10.00 pagi

Baca lagi...

12 September 2014

Audit Pemantauan SIRIM Di PPD Sabak Bernam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusa Kualiti MS ISO di PPD Sabak Bernam akan diaudit oleh pihak SIRIM QAS mengikut ketetapan berikut:

Tarikh     : 24 dan 25 September 2014
Hari         : Rabu dan Khamis

Semua proses kerja bagi dokumen kualiti JPNS-PPD Selangor akan diaudit bagi memastikan ia diikuti seperti yang ditetapkan.

Pihak juru audit boleh membuat semak silang (cross check) ke sekolah sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan kepastian terhadap pelaksanaan proses kerja.

Untuk itu, sekolah diminta mengemaskini fail/rekod semasa berurusan dengan PPDSB. Antaranya ialah :
a) Pengurusan Sekolah
b) Pemantauan
c) Pengurusan Data
d) Kawalan Keselamatan
e) Pembersihan Kawasan dan Bangunan

Sekian dimaklumkan.


Baca lagi...

22 August 2014

Hari Berkabung Negara


Baca lagi...

20 August 2014

Sambutan 3 Dalam 1 PPD Sabak Bernam

Hari ini PPD Sabak Bernam berjaya melaksanakan acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57, Sambutan Kelab Guru Muda 1Malaysia (GM1M) dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Perasmian telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Hj. Noh bin Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Tuan Budiman Zohdi ADUN Kawasan Suangai Panjang dan YB Kamarul Zaki ADUN Kawasan Sungai Air Tawar, Setiausaha Sulit Kanan YB Dato' Hjh. Noriah Kasnon, Ketua-ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar sekolah Daerah Sabak Bernam dan guru-guru.
YB DS Noh Omar Melawat Tapak Gerai Sambil Beramah Mesra Bersama Tetamu

Baca lagi...

19 August 2014

Kemerdekaan Ke-57

Logo Hari Kemerdekaan Ke-57


Baca lagi...

12 August 2014

Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2014

Cadangan Pelaksanaan Majlis Anugerfah Kualiti dan Kecemerlangan PPDSB Tahun 2014

1. Tarikh : 18 OKTOBER 2014 (Sabtu)
2. Tempat : Dewan Seri Bernam, Sungai Besar
3. Perasmi : YB Dato' Hjh. Noriah bt Kasnon
4. Anugerah yang dipertandingkan**:

Baca lagi...

04 July 2014

Program Melonjakkan Sekolah Band 3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah diamanahkan untuk menyusun strategi bagi meningkatkan bilangan sekolah dalam Band 1 dan Band 2 di seluruh Malaysia pada tahun ini dengan sasaran (KPI) yang tertentu.

2. Untuk merealisasikan perkara tersebut, semua JPN Negeri diminta menyenaraikan sekolah-sekolah dalam Band 3 (berdasarkan SKPM tahun 2013) yang boleh dilonjakkan bagi mencapai Band 2 atau sebaik-baiknya ke Band 1.


Baca lagi...

04 June 2014

Penilaian Kendiri SPSK: Tindakan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Berikut adalah garis panduan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan Penilaian Kendiri SPSK seperti yang telah dimaklumkan di sini.
1. Muat turun surat pemakluman / arahan melaksanakan Penilaian Kendiri dari JPNS dan failkan.
2. Muat turun 'softcopy' Instrumen Penilaian Kendiri (JPS.SJK SPSK02) dan padamkan semua maklumat yang telah sedia terisi pada sel yang berwarna kuning pada helaian/sheet 'PENILAIAN SPSK 2014'.

Baca lagi...

27 May 2014

Penilaian Kendiri SPSK Tahun 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sudah beberapa lama blog ini tidak dikemaskini memandangkan kesibukan tugas terutamanya menjelang Audit Dalam Dokumen Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan juga Dokumen Kualiti JPN Selangor yang berlaku secara serentak.

2. Audit Dalam MS ISO 9001:2008 yang berlangsung pada 28 hingga 30 April lalu telah berjalan dengan jayanya dan insyaAllah pengurusan pendidikan di PPD Sabak Bernam masih berada dalam standard antarabangsa seperti yang ditetapkan.

Baca lagi...

11 March 2014

Selamat Memulakan Tugas


Haji Mokhtar Bin Manijo
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam

Baca lagi...

07 March 2014

Persaraan Pegawai Pendidikan Daerah

TERIMA KASIH DAN
SELAMAT BERSARA
Hajah Samsiah Sedang Merekod Kad Perakam Waktu Buat Kali Terakhir

Simbolik Persaraan

Baca lagi...

Sekitar Bengkel Pembinaan PS Sekolah

Gambar-gambar sekitar Bengkel Kerja Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah 2014-2016
Tarikh : 2 dan 3 Mac 2014
Tempat : Marina Cove Resort, Lumut
Sasaran : Pengetua dan Guru Besar
Dapatkan Bahan Hasil Bengkel DI SINI


Baca lagi...

27 February 2014

Pengisian Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Pembinaan Perancangan Strategik Sekolah daerah Sabak Bernam bagi tempoh 2014-2016 akan dijalankan pada 2 dan 3 Mac 2014 di Marina Cove Resort, Lumut melibatkan Pengetua dan Guru Besar sekolah.

2. Pemimpin sekolah akan dibimbing oleh En. Mohd Khaidir bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor serta dibantu oleh Ketua-ketua Unit PPDSB dalam menghasilkan Perancangan Strategik yang lengkap agar seiring dengan perancangan JPN dan PPDSB.

Baca lagi...

17 February 2014

Taklimat dan Bengkel Perancangan Strategik Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas penangguhan bengkel sama yang sepatutnya diadakan pada 17.12.2013 - Rujuk di sini.

2. Namun, PPD Sabak Bernam tetap berusaha agar bengkel tersebut dapat diadakan supaya pihak sekolah dapat merangka perancangan secara bersistematik bagi memajukan sekolah.

Baca lagi...

Jelajah SPSK 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) masih diteruskan di semua sekolah di negeri Selangor, berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Selangor melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan tahun 2013 yang lalu.

Baca lagi...

21 January 2014

Tahniah Sekolah Yang Dicalonkan Menerima Baiah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam mengucapkan tahniah dan syabas kepada sekolah yang telah terpilih sebagai calon penerima baiah hasil daripada pengisian PKS SKPM bagi sekolah rendah yang lalu.

Baca lagi...