SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

23 January 2017

Format Standard Borang TNT

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan, telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun PPD Sabak Bernam Bil 1 Tahun 2017  pada 10 Januari 2017 bahawa Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri yang standard seperti di Lampiran hendaklah digunakan. Arahan adalah berkuatkuasa mulai 10 Januari 2017. 

Berikut adalah penerangan kepada Borang Tuntutan Perjalanan yang dilampirkan :

1. sheet muka srt 1, muka srt 2, muka srt 3 & muka srt 4 merujuk kepada Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri. 

2. sheet  ELAUN MAKAN merujuk kepada Kadar Elaun Makan untuk rujukan.

3. sheet  BAYARAN SEWA HOTEL merujuk kepada Kadar Sewa Hotel untuk rujukan.

4. sheet  ELAUN PERJALANAN KENDERAAN merujuk kepada Kadar Elaun Perjalanan Kenderaan untuk rujukan.

5. sheet  B.Mklmt Penerima merujuk kepada Borang Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan/ Individu yang hanya perlu diisi oleh individu yang kali pertama membuat tuntutan perjalanan di PPD Sabak Bernam dan lampirkan bersama Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri.


Kerjasama tuan /puan amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

UNIT KEWANGAN DAN AKAUN
PPD SABAK BERNAM

Download Borang TNT DI SINI

Baca lagi...