SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

16 May 2012

Selamat Hari Guru...


Baca lagi...

14 May 2012

Tarikh Permulaan SPSK Daerah Sabak Bernam

Tarikh permulaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di semua sekolah daerah Sabak Bernam ialah pada :


11 JUN 2012


Harap maklum.
Baca lagi...

Bidang Tugas Ahli Pasukan Petugas Kualiti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Pengurusan Berkualiti Sekolah secara prinsipnya hendaklah dijalankan secara bersama-sama oleh semua ahli organisasi dan dikawal oleh Pasukan Petugas Kualiti (PPK).

2. Untuk itu, Pengetua/Guru Besar perlulah menubuhkan Pasukan Petugas Kualiti seperti yang dikehendaki dalam Manual Kualiti (Rujuk Manual Kualiti muka surat 38).

3. Berikut disenaraikan fungsi/bidang tugas setiap portfolio dalam PPK untuk makluman semua.


Baca lagi...

11 May 2012

Sekitar Taklimat Perluasan SPSK 2012

Tarikh : 10 Mei 2012
Tempat : Sabak Bernam Mini Convention Centre
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh (Kumpulan 1)
           2.00 ptg - 5.00 ptg (Kumpulan 2)
Sasaran : Semua Pengetua/Guru Besar dan GPK Pentadbiran Sekolah
Tetamu Jemputan : En. Mohd. Ibrahim b Azeez, Penolong Pengarah Unit Kualiti dan Dokumentasi, Sektor          Jaminan Kualiti, JPN Selangor
Anjuran : Unit Pengurusan Kualiti PPD Sabak Bernam
=======================================================================
Timbalan PPD Sabak Bernam
Turut Menyampaikan Taklimat

Baca lagi...

Sekitar Kursus JU SPSK 2012

Tarikh : 2 dan 3 Mei 2012
Tempat : Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam
Peserta: 40 orang guru dari 8 buah sekolah SPSK
Fasilitator : 8 orang Pengurus Kualiti Sekolah
Anjuran : Unit Pengurusan Kualiti, PPD Sabak Bernam
Penceramah Jemputan : Pn. Hjh. Zakiah by Mat Rabee (Pengurus Audit Dalam PPDSB)

 =======================================================================
Ucap Utama Oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah

Baca lagi...

09 May 2012

Pelan Pelaksanaan SPSK 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Penerapan unsur-unsur kualiti berasaskan standard ISO memerlukan perancangan dari pihak sekolah.

2. Bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan, di sini disediakan Pelan Pelaksanaan SPSK bagi Tahun 2012 untuk panduan pihak sekolah.

3. Diharap pelan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Klik Imej Untuk Paparan Lebih Jelas
Terima kasih dan jumpa lagi.
Baca lagi...

03 May 2012

Taklimat SPSK Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Makluman awal kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Sabak Bernam, bahawa PPDSB akan mengadakan taklimat berkaitan arahan JPNS meluaskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ke semua sekolah daerah seperti maklumat berikut:
a) Tarikh : 10 Mei 2012
b) Tempat : Sabak Bernam Mini Convention Centre (SBMCC)
c) Masa : Sesi 1 (9.00 pg -12.00 tgh)
                 Sesi 2 (2.00 pm - 5.00 pm)
d) Turut hadir : Guru Kanan 1 (Pentadbiran) sekolah-sekolah

2. Taklimat akan disampaikan oleh Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.


3. Sila bawa Dokumen Kualiti SPSK untuk rujukan semasa taklimat.

Kehadiran amat diperlukan.
Terima kasih.


Baca lagi...

01 May 2012

Kursus Kejurulatihan SPSK 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. PPD Sabak Bernam telah merancang untuk mengadakan kursus ini bagi memantapkan pelaksanaan SPSK di sekolah-sekolah kualiti.

2. Sebanyak 8 buah sekolah terlibat dengan setiap sekolah menghantar 5 orang peserta yang akan didedahkan tentang prosedur kerja SPSK secara terperinci oleh Pengurus Kualiti Sekolah dan Pengurus Kualiti Daerah.

3. Diharapkan kursus 2 hari di Pusat Kecemerlangan PPDSB ini berjaya mencapai matlamatnya dan akan memudahkan sekolah melaksanakan SPSK.

Sampai jumpa lagi. Wassalam.
Baca lagi...