SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

31 October 2011

Kursus SPSK Fasa 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. JPNS terbukti masih komited melaksanakan SPSK kepada sekolah-sekolah di negeri Selangor khususnya dan ingin memperluaskan SPSK sehingga mencapai matlamat: semua sekolah di Selangor mengamalkan SPSK.

2. Untuk itu sebanyak 35 buah sekolah lagi di seluruh Selangor akan melaksanakan SPSK mulai tahun 2012 menjadikan 75 buah sekolah semuanya menjadi peneraju kepada SPSK di sekolah.

3. Kursus pendedahan SPSK kepada Pengetua/Guru Besar dan GPK Pentadbiran sekolah akan diadakan pada hari ini, 31 Okt 2011 hingga 2 Nov 2011 di Tower Regency Hotels & Apartment, Ipoh.

4. Bagi daerah Sabak Bernam, sekolah yang terlibat ialah SK Seri Makmur, SMK Sungai Besar, SMK Ungku Aziz dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra.

5. Diharapkan semua wakil sekolah dapat mengaplikasikan SPSK di sekolah masing-masing dan memastikan pengurusan perkhidmatan pendidikan di sekolah setaraf dan diiktiraf antarabangsa.

Wassalam dan selamat berjaya.