SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

04 March 2013

Dokumen Kualiti SPSK Keluaran 3 (Baru)

Dokumen SPSK Baru Mulai 1 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Jawatankuasa Teknikal JPNS telah menyiapkan dokumen kualiti SPSK yang baharu dan siap sedia untuk digunakan mulai 1 Mac 2013, iaitu keluaran nombor 3.

2. Ini bermakna dokumen kualiti yang beredar dalam sistem di sekolah telah digolongkan sebagai 'dokumen usang'. Mengikut prinsip kualiti, dokumen dan borang-borang yang digunakan mestilah kemaskini dan dokumen semasa.
3. Sehubungan dengan itu, semua dokumen lama yang ada di sekolah hendaklah dilupuskan dan digantikan dengan dokumen terkini yang terdapat di laman web JPNS. Klik sini.

4. Keluaran baharu ini menyaksikan beberapa penambahbaikan telah dilakukan ke atas dokumen kualiti tersebut bagi memastikan pelanggan mendapat kepuasan yang maksimum dan menepati / selaras dengan dasar pendidikan negara.

5. Semua pihak di sekolah diminta membaca, memahami dan melaksanakan prosedur kerja tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Sekian untuk kali ini.