SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

06 December 2013

Kelasifikasi Fail Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Dalam amalan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), aspek kawalan rekod dan dokumen sangat dititikberatkan. Kawalan rekod yang baik mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi.

2. Suatu sistem pengurusan rekod hendaklah diwujudkan bagi mentadbir urus pewujudan, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan sesuatu rekod. Di Malaysia, pihak yang menjadi rujukan terhadap pengurusan rekod ialah Arkib Negara Malaysia.
Kulit Muka Hadapan Panduan Kelasifikasi Fail Sekolah


3. Maklumat yang diwujud, diterima dan diselenggara sebagai bukti oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan bagi memenuhi kehendak undang-undang serta semasa melaksanakan transaksi rasmi.

4. Pengurusan rekod yang baik dapat dibuktikan jika sesuatu dokumen yang diminta dapat dikemukakan dengan cepat.

5. Untuk itu pihak Jabatan Pendidikan Selangor telah mengambil inisiatif menyelaraskan sistem fail di semua sekolah negeri Selangor berasaskan Kelasifikasi Fail yang telah diperakukan oleh pihak Arkib Negara.

6. Taklimat dan bengkel Kelasifikasi Fail Arkib telah dijalankan di Dewan Hotel Seri Bernam kepada Guru Besar sekolah daerah dan Pembantu Tadbir sekolah masing-masing.

7. Kelasifikasi Fail Arkib ini akan dilaksanakan secara 'soft landing' mulai Disember 2013 sehingga dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari 2015.

8. Sekolah mempunyai tempoh masa setahun (12 bulan) bagi menyediakan dan melaksanakan proses-proses ke arah penggunaan sistem fail baru ini.

9. Dengan komitmen semua pihak, diharapkan semua sekolah daerah Sabak Bernam dapat merealisasikan Kelasifikasi Fail Arkib ini menjelang tahun 2015.

Klik DI SINI untuk mendapatkan Jadual Perbatuan Pelaksanaan Kelasifikasi Fail Sekolah.

Selamat Maju Jaya. Jumpa lagi.