SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

04 July 2014

Program Melonjakkan Sekolah Band 3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah diamanahkan untuk menyusun strategi bagi meningkatkan bilangan sekolah dalam Band 1 dan Band 2 di seluruh Malaysia pada tahun ini dengan sasaran (KPI) yang tertentu.

2. Untuk merealisasikan perkara tersebut, semua JPN Negeri diminta menyenaraikan sekolah-sekolah dalam Band 3 (berdasarkan SKPM tahun 2013) yang boleh dilonjakkan bagi mencapai Band 2 atau sebaik-baiknya ke Band 1.

3. Bagi negeri Selangor, sebanyak 70 buah sekolah menengah dan rendah telah dikenalpasti untuk dilonjakkan ke Band 1 atau Band 2 pada tahun 2014. JPN Selangor dan PPD Selangor diminta membantu sekolah dengan menyusun strategi di peringkat sekolah bagi memperbaiki kualiti pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) dan cara pengisian skor PKS SKPM 2003.

4. Di peringkat Daerah Sabak Bernam, sebanyak 9 buah sekolah telah dikenalpasti berpotensi untuk dilonjakkan ke Band yang lebih baik. Pihak JPN Selangor telah/akan menghubungi sekolah-sekolah yang berkenaan dan merangka pelan tindakan yang sesuai bagi mencapai objektif.

5. Kunjung bantu akan dijalankan oleh PPD Sabak Bernam dengan melihat data 'headcount' murid-murid tahun 6 dan tingkatan 5 serta perancangan sekolah bagi meningkatkan kualiti pencapaian akademik. Untuk itu, pihak sekolah diminta bersedia dengan data 'headcount' yang terkini dan analisis yang berkaitan.

6. Semoga usaha ini akan meningkatkan bilangan sekolah Band 2 di PPD Sabak Bernam pada tahun 2014, insyaAllah.

Sekian, selamat maju jaya.