SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

20 August 2014

Sambutan 3 Dalam 1 PPD Sabak Bernam

Hari ini PPD Sabak Bernam berjaya melaksanakan acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57, Sambutan Kelab Guru Muda 1Malaysia (GM1M) dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Perasmian telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Hj. Noh bin Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam, YB Tuan Budiman Zohdi ADUN Kawasan Suangai Panjang dan YB Kamarul Zaki ADUN Kawasan Sungai Air Tawar, Setiausaha Sulit Kanan YB Dato' Hjh. Noriah Kasnon, Ketua-ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar sekolah Daerah Sabak Bernam dan guru-guru.

YB DS Noh Omar Melawat Tapak Gerai Sambil Beramah Mesra Bersama Tetamu
Acara disambut meriah dengan kehadiran tetamu dianggarkan seramai 400 orang dengan beraneka juadah disediakan melalui gerai-gerai yang dihias indah. Antaranya satay, nasi impit, lemang, nasi beriani, mi hoon sup, laksa, roti canai, kuih muih, beraneka buah-buahan tempatan, ais kerim dan pelbagai jenis minuman.
Deretan Gerai Makanan Menanti Para Tetamu
YBhg Datuk Dr.Hj. Mat Yasir Hj. Ikhsan, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Negeri Selangor YDP Persatuan Sejarah Selangor (Kawasan Sabak Bernam) terlebih dahulu menyampaikan ceramah bertajuk "Hayati Asas Kenegaraan" yang mengimbau sejarah kemerdekaan negara dan pengisian kemerdekaan pada masa kini.
YB DS Noh Omar di akhir ucapannya meluluskan permohonan PPDSB bagi projek pembangunan pembinaan jalan masuk dan infastruktur lain berjumlah RM185,000.00 serta pembiayaan program Kelab Guru dan Kakitangan PPDSB berjumlah RM15,000.00. InsyaAllah peruntukan ini dapat menambah keselesaan pelanggan dan warga PPD Sabak Bernam.
Kemuncak acara ialah nyanyian lagu Warisan dan Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera Malaysia.
Antara Tetamu Yang Hadir
DS Noh Omar Sedang Menikmati Durian Musang King Bersama-sama Tuan PPD dan TPPD
Petugas Gerai Bersiap Sedia Melayan Para Tetamu
Selamat Hari Kemerdekaan...
Selamat Hari Raya...