SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

22 January 2016

Tindakan Pembetulan Oleh Sekolah/Lokasi - Bhgn 1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Dimaklumkan bahawa Audit Penilaian Semula Pensijilan MS ISO 9001:2008 yang telah dilaksanakan oleh pihak SIRIM ke atas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PPDSB pada 19 dan 20 Oktober lalu telah mengemukakan beberapa peluang penambahbaikan yang perlu diambil tindakan oleh pihak sekolah/lokasi.

Peluang Penambahbaikan 1
a) Juruaudit SIRIM telah turun membuat lawatan ke sebuah sekolah menengah untuk mengaudit pengurusan asrama; fokus kepada pengurusan kantin asrama. Didapati keadaan kantin asrama berada dalam keadaan yang kurang memuaskan; iaitu 'chiller' yang berkarat, sisa makanan terdedah, sisa makanan dalam longkang yang boleh mengundang kehadiran lalat dan makhluk perosak yang lain.

b) i. Tindakan sekolah berkenaan : Telah membuat PEMBETULAN SEGERA dengan membeli peti sejuk yang baharu.

   ii. Tindakan PPD : Telah membuat PEMBETULAN SEGERA dengan membaikpulih longkang supaya air dapat mengalir dengan baik dan menghalang sisa makanan tersekat.

c) Tindakan sekolah asrama harian : Membuat TINDAKAN PEMBETULAN dan PENCEGAHAN dengan memeriksa/memantau pengurusan kantin asrama di sekolah masing-masing berkaitan PERKARA YANG SAMA sama ada berlaku atau tidak. Jika berlaku perkara yang sama, sekolah berkenaan diminta membuat PEMBETULAN SEGERA yang bersesuaian. Jika tidak berlaku, pengusaha kantin hendaklah dinasihatkan agar terus memberi perkhidmatan yang baik dengan mematuhi syarat-syarat kontrak yang disediakan.

Rentetan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti juga merentas ke semua lokasi, bukan sahaja di PPD tetapi juga ke semua lokasi di bawah kawalan PPD.

Jumpa lagi.