SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

18 December 2010

Membuat Salinan Dokumen

Assalamualaikum w.b.t
1.Pada kali ini mari kita bincangkan tentang persediaan bagi melaksanakan SPSK mulai Januari 2011. Saya membuat andaian di sini bahawa semua warga sekolah telah terima maklum akan pelaksanaan SPSK di sekolah tuan/puan.

2.Tuan/puan WP (Wakil Pengurusan) hendaklah menyenaraikan nama guru dan kakitangan sokongan yang terlibat dalam semua proses kerja (PK) yang disenaraikan dalam Dokumen Kualiti, iaitu dari PK 01 hingga PK16. Kemudian buat salinan bagi semua guru dan kakitangan sokongan yang disenaraikan tadi.

3.Setiap salinan yang dibuat hendaklah dicap perkataan "SALINAN DOKUMEN TERKAWAL" pada kulit hadapan dokumen tersebut. Selain itu, setiap salinan dokumen juga hendaklah dinomborkan sebagai tanda pengenalan dan direkod dalam senarai pemegang dokumen. Ingat! Akuan terima dokumen hendaklah disediakan dan penerima dokumen perlu menurunkan tandatangan dan tarikh terima sebagai bukti posedur penyerahan dokumen telah dibuat secara teratur.

4.Pastikan semua pemegang dokumen memahami isi kandungan dokumen yang diberikan dan melaksanakan proses kerja mengikut prosedur yang telah digariskan.

Sekian untuk kali ini. Selamat berjaya!