SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

14 December 2010

Membentuk Pasukan Petugas Kualiti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

1.Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) yang dilaksanakan di sekolah mulai tahun 2011 seharusnya didokong dan melibatkan semua warga sekolah, Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, GKMP, Ketua-ketua Panitia, guru-guru dan kakitangan sokongan secara kolektif.

2.Setiap warga sekolah hendaklah sentiasa diberitahu akan pelaksanaan SPSK dan menjadikan Dokumen Kualiti yang dibekalkan sebagai garis panduan dalam melaksanakannya.

3.Kejayaan dan kelangsungan SPSK di sekolah bergantung kepada pasukan kerja yang mantap dan saling bekerjasama antara satu sama lain dengan pengawasan dan pemantauan Wakil Pengurusan (GPK1).

4.Oleh yang demikian, Pasukan Petugas Kualiti (PPK) di peringkat sekolah hendaklah diwujudkan. Senarai ahli Pasukan Petugas Kualiti Sekolah hendaklah seperti yang terdapat dalam Manual Kualiti. Guru-guru yang dilantik sebagai ahli PPK hendaklah seorang yang boleh memberi kerjasama yang baik dengan Wakil Pengurusan kerana mereka boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada SPSK ini.

5.PPK yang dibentuk haruslah faham bidang tugas masing-masing dan sentiasa berhubungan antara satu sama lain, berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

6.Carta Organisasi Pasukan Petugas Kualiti sekolah hendaklah dicetak dan disebarkan kepada warga sekolah.

7.Dengan ini,sekolah telah bersedia untuk melaksanakan SPSK.

Semoga berjaya!