SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

17 February 2012

Memahami Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Salah satu keperluan yang dikehendaki dalam Standard ISO 9001 ialah Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan berterusan dilaksanakan oleh organisasi yang bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap kualiti maksimum.

2. Sesebuah organisasi tidak boleh mengabaikan keperluan mandatori ini. Oleh yang demikian pengamal ISO hendaklah memahami apakah maksud Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan ini.

3. Tindakan Pembetulan dilaksanakan oleh organisasi apabila ketidakakuran kepada proses kerja telah dikesan. Dalam erti kata lain, organisasi mesti mengambil tindakan pembetulan terhadap ketidakakuran yang ditemui oleh pelanggan, juru audit atau pihak pengurusan organisasi sendiri.

4. Misalnya, menurut proses kerja Pengurusan Mesyuarat semua keputusan mesyuarat hendaklah dicatatkan siapa yang akan mengambil tindakan terhadap keputusan mesyuarat tersebut. Jika minit mesyuarat yang dikemukakan tidak mencatatkan pihak yang akan mengambil tindakan tersebut, maka tindakan pembetulan perlu dibuat. Setiausaha mesyuarat perlu mengeluarkan minit mesyuarat yang baharu dengan memasukkan pihak yang akan mengambil tindakan terhadap semua keputusan mesyuarat.

5. Setelah tindakan pembetulan diambil, salinan minit mesyuarat yang telah dibetulkan tadi dimasukkan dalam folder Pengurusan Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan.

Bersambung....