SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

01 May 2012

Kursus Kejurulatihan SPSK 2012

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
1. PPD Sabak Bernam telah merancang untuk mengadakan kursus ini bagi memantapkan pelaksanaan SPSK di sekolah-sekolah kualiti.

2. Sebanyak 8 buah sekolah terlibat dengan setiap sekolah menghantar 5 orang peserta yang akan didedahkan tentang prosedur kerja SPSK secara terperinci oleh Pengurus Kualiti Sekolah dan Pengurus Kualiti Daerah.

3. Diharapkan kursus 2 hari di Pusat Kecemerlangan PPDSB ini berjaya mencapai matlamatnya dan akan memudahkan sekolah melaksanakan SPSK.

Sampai jumpa lagi. Wassalam.