SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

26 July 2012

Tutorial 3: PK 07 - Pengurusan Mesyuarat

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.

1. Pada kesempatan kali ini, saya cuba menjelaskan prosedur Pengurusan Mesyuarat agar ia dapat melepasi objektif yang ditetapkan iaitu mesyuarat yang dikendalikan mengikut agenda yang ditetapkan dengan memtuhi PKPA Bil 2 Tahun 1991-Pengendalian Mesyuarat.

2.Semakan terhadap minit mesyuarat yang dikemukakan oleh pihak sekolah ke PPD menunjukkan semua mesyuarat dijalankan mengikut enam (6) agenda mesyuarat yang telah ditetapkan dalam PKPA berkaitan. Tahniah...

3. Namun, banyak pihak sama ada di sekolah dan PPD masih ragu-ragu tentang pengurusan borang maklum balas mesyuarat (PK 07-5).

4. Saya cuba menjelaskan penggunaan borang PK 07-5 berpandukan 'time frame' seperti di bawah:

2.7.2012 - Mesyuarat berlangsung.
3.7.2012 - Setiausaha mula menulis draf minit mesyuarat.
11.7.2011 - Hari terakhir mengedarkan draf minit mesyuarat beserta borang maklum balas kepada ahli       mesyuarat.
12.7.2012 - Ahli mesyuarat yang berkenaan mula menjawab maklum balas yang dibangkitkan dalam mesyuarat. Nyatakan sama ada tindakan telah, sedang atau akan diambil secara spesifik.
20.7.2012 - Hari terakhir menyerahkan borang PK 07-5 yang telah dilengkapkan kepada setiausaha.
23.7.2012 - Setiausaha mula menggabungkan maklum balas untuk dibawa ke mesyuarat akan datang. Satu salinan minit mesyuarat dan maklum balas mesyuarat yang telah lengkap dihantar ke PPD.

Moga memberi info kepada anda.

Sekian, jumpa lagi.

Download Contoh Maklum Balas Minit Mesyuarat