SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

26 December 2012

Status Pengisian Portal SKPM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


1. Terlebih dahulu penulis mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada warga pendidikan daerah Sabak Bernam yang meraikannya.

2. Terima kasih kepada semua Guru Besar yang telah melengkapkan pengisian PKS SKPM 2003 dan SKPM 2010 melalui kedua-dua portal yang disediakan oleh JNJK mengikut masa yang ditetapkan.

3. Untuk pengetahuan, kedua-dua portal telah sempurna diisi dan diperakukan oleh Guru Besar pada 25.12.2012.

4. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam hanya mempunyai masa sehari untuk membuat semakan dan seterusnya membuat perakuan. (Mulai 2012, PPD diminta membuat perakuan terhadap pengisian SKPM 2010 sekolah-sekolah)

5. Dalam masa yang sama, Pengetua juga diminta mula melengkapkan PKS SKPM masing-masing melalui portal yang sama. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir mengisi portal tersebut ialah pada 19.3.2013 untuk memberi ruang kepada pihak PPD membuat mengesahan mulai 20.3.2013 hingga 29.3.2013.

6. Diharap pihak sekolah dapat merujuk surat PPDSB.KUA 100-9/8/2 (4) bertarikh 5 Disember 2012 berkaitan jadual pengisian PKS SKPM 2003 dan SKPM 2010.

Salam hormat dan semoga maju jaya.