SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI : SAY WHAT YOU DO, DO WHAT YOU SAY PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

11 January 2013

Komunikasi Berkesan SPSK Berjaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mesyuarat : Membuat Keputusan
1. Seperti yang semua sedia maklum bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada komunikasi yang berkesan dalam organisasi itu sendiri. Maklumat-maklumat terkini perlu disampaikan kepada semua warga organisasi secara jelas dan memberi maklumbalas yang bersesuaian dengan maklumat yang diterima.

2. Sistem Pengurusan Kualiti menitikberatkan kaedah yang digunakan dalam penyampaian maklumat kepada warga kerja secara cepat dan tepat.

3. Maklumat-maklumat boleh disampaikan melalui surat, memo dalaman, notis, mesyuarat, taklimat, e-mel dan sebagainya. Namun, perlu dipastikan penyampaian maklumat tersebut dapat dibuktikan apabila diperlukan pada suatu masa nanti. Untuk itu, aktiviti merekod dan mengemaskini rekod menjadi sangat penting.

4. Maklumat juga boleh disampaikan melalui panggilan telefon atau melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms), namun persoalannya, dapatkah ia dibuktikan pada masa hadapan?

5. Jika pembaca meneliti Dokumen Kualiti SPSK, didapati ada 4 arahan/pemakluman yang perlu disampaikan kepada semua guru, selain daripada arahan pentadbiran lain yang biasa, iaitu;
  • Memaklumkan kepada semua guru tentang pencerapan yang akan dijalankan
  • Memaklumkan kepada semua guru tentang semakan hasil kerja murid
  • Memaklumkan Guru Bimbingan dan Kaunseling mengisi borang biodata dan melaksanakan perkhidmatan bimbingan
  • Mengarahkan pengedaran Borang Matriks Kompetensi (LADAP) kepada semua guru/AKS
6. Sudahkan pemakluman dan arahan tersebut dibuat? Jika sudah, tahniah diucapkan dan pastikan ada dokumen yang menyokong tindakan tersebut.

7. Insyaallah pengurusan sekolah akan lebih licin jika mempunyai kaedah komunikasi yang berkesan.

Terima kasih dan jumpa lagi.